Hai,
Musim Cuti sekolah dah tiba!
Bila masuk hujung tahun,apelagi yang paling ditunggu oleh anak-anak kalau tak mulanya cuti sekolah.
Macam-macam rancangan yang mereka rancang nak ajak ibubapa penuhi hajat-hajat terpendam mereka.
Macam tu jugalah dengan anak-anak aku yang dah boleh aku kategorikan dalam lingkungan umur yang dah cerdik.Ada saja tempat yang kadang-kadang aku sendiri tak pernah dengar dan diorang cadangkan untuk pergi.
Yelah nama pun kanak-kanak,manalah mereka faham tentang perbelanjaan nak ke disneyland,universal studio ehh macam-macam lagilah tempat kat oversea yang di ajaknya..haha
Nak pergi berjalan jauh-jauh jer.Walaupun aku kadang-kadang cakap pada mereka,amboi pandainya mintak gi jalan jauh-jauh,banyak belanja nak kena standby tu tau,..tapi dalam hati,aku mendoakan agar keterujaan anak-anakku nak melawat tempat-tempat impian mereka itu akan tercapai juga satu hari nanti.
In shaa Allah.
Sebenarnya anak-anak ni tak kisah pun kemana ibubapa bawa mereka,asalkan dapat pergi bersama-sama, mereka sudah cukup teruja dan akan terlupa segala pantang larang! haha..
Aku dan suami sebenarnya amat-amat bertuah sebab kami dikurniakan anak-anak yang sangat memahami kesibukan kami.
Kalau kadang-kadang kami cuma sempat bawa mereka bersiar-siar di indoor park Giant je pun mereka dah cukup seronok!!
Sampai esok pun cerita tak habis.Alhamdulillah.
Minggu pertama cuti sekolah tahun ni aku dah bawa mereka ke Taman Tasik Titiwangsa,ada KARNIVAL UPIN IPIN kat sana.
Dari malam si abang dah tak sabar-sabar asik berulang kali tanya dan meneka apa agaknya yang ada di sana nanti.
Nak tau apa yang ada kat sana nanti aku buat N3 lain.
Minggu kedua cuti sekolah,xboleh nak kemana-mana sebab adik aku nak walimatulurus.
So badan kena standby untuk cukup rehat,nak membanting tulang kat kampung nanti.
Jadi anak-anak dah tahu minggu kedua ni kami akan pulang ke kampung halaman aku kat Melaka Bandaraya Bersejarah.
Aku fikirkan satu cara yang lebih menarik untuk anak-anak.supaya diorang dapat pengalaman baru bila balik kampung kali ni.
Kebetulan,suami tak dapat cuti dan terpaksa balik kampung lewat dari tarikh yang kami rancang,so aku cakap kat hubby
"agak-agak u lah kan, huru hara tak kalau i nak bawa anak-anak balik kampung naik bas? hahahaha..
spontan n laju je keluar dari mulut...
Berkerut seribu muka suami,..baru bagi cadangan je,
x ke mana nak di izinkannya.Maklumla anak-anak yang kecik yang masih tak tentu masa bila naik pasang anginnya tiba-tiba aku offer nak bawak mereka naik bas,all by my own? kihkihkih...
Bagi aku setakat naik bas selama dua jam balik ke melaka tu Inn shaa Allah,aku berani dan bersungguh jugala bila menyatakan hasrat tu kat suami..hehe..Come on i can do it beybehh..KONPIDEN LEBEY ;p
** Pujuk punya pujuk selepas mensubmitkan kertas cadangan,disusuli pula dengan sedikit plan rangka kerja,usul-usul untuk mengurangkan risiko ketidakmampuan aku untuk mengendalikan 3 orang kanak-kanak di atas kenderaan awam yang x akan berhenti selama dua jam, akhirnyaaa ....
kertas cadangan aku diterima..!! ------
ALAMAK!!
Dalam hati, Ya Allah betul ke ape yang aku buat ni..hahhahaha..
Dan debaran pun bermula.
".........yeahyeah...kita balik kampung naik bas,yeah,yeah "...bersorak anak-anak bila aku bagitau yang kami akan balik kampung naik bas.
Sampaikan aku yang rasa sedih,... Alhamdulillah,senangnya jaga hati mereka.
Kemas baju,kemas rumah,settlekan barang untuk bawa balik kampung- Dan kena ingat beg tak boleh banyak sebab tenaga kerja terhad kali ni..
Gembira campur berdebar x sudah.
Gembira sebab tengok anak-anak yang teruja.
Berdebar-debar sebab memikiorkan takut anak-anak buat perangai waktu dalam perjalanan nanti.
Minta dijauhkan...uhuhu
Masa yang ditunggu akhirnya tiba. First time aku jejakkan kaki ke TBS.
Sebenarnya,ni pun antara sebab kenapa aku rela nak naik bas,sebab sekarang tak perlu bersesak-sesak kat PUDU RAYA lagi. Terbayangkan kepadatan PUDU RAYA sewaktu aku jadi pengguna tetap Bas Ekspress suatu masa dulu.
Zaman persekolahan, masa duk asrama,zaman kat kolej dan zaman dah ada anak sorang pun kdg2 aku redah gak ..ye akulah pengguna bas ekspress yang setia.
Bertahun-tahun aku turun naik tangga usang puduraya tu,
dahlah menapak dari lebuh ampang ( oh LEBUH AMPANG pun sangat sarat dengan memori untuk diriku ini)...
Ehh tapi dulu relek je,dengan beg besar yang dua guni aku pikul jalan sorang-sorang ,kadang-kadang ada luggage tambahan seperti beg kertas,beg plastik,dah macam sherpa yang amik upah angkat beg dan barang pendaki kat Guning Everest tu,..serious sengsara urat bahu dengan urat lengan memikul beban beg-beg tu,dahlah jauhh.
Taknak tanya ke aku sampai ke Lebuh Ampang tu naik apa? Teksi? No,No,No..
Aku xda sponsorship sangatlah masa tu,semua ala-ala budget je so dari Wangsa Maju dan selepas pindah,dari Ampang,aku redah dengan town bas aje.Sape ingat bas mini no 49 dan Bas Len Seng ? Masa duduk di Ampang pulak,Intrakota no dah tak ingat dan Metro Bus..huhuhu..demi nak ziarah mak dan abah kat kampung,setiap minggu ! Aku sanggup 'berjuang' dalam bas2 tu sebelum sampai ke Lebuh Ampang!
Semuanya rasa manis-manis aje masa tu.Boyfriend pun belum ada,so tanggung sendiri.
Dan aku pulak memang macam ni,selagi boleh buat,aku tak suka bagitau kesusahan yang aku hadapi.
Biarlah mak dengan abah cuma nampak aku muncul kat depan rumah dengan selamat,
Semua kesukaran yang aku kena hadapi sebelum dapat naik bas tu,aku tak akan cerita kat sesiapa masa tu.Oh banyaknya kenangan.
Dan bila masuk je kat TBS tu,terus satu-satu nostalgia kat PUDURAYA datang kat fikiran ni..dan aku terus membandingkan antara TBS dengan PUDURAYA....
Ya Allah,serikkkknya...heeeee idokler teman nak naik bas lagi klu kena angkut budak kecik 3 ketul ni kat PUDURAYA tu..!
Tabik spring kat diri sendiri sebab aku berjaya dapat pengalaman tu semua.Alhamdulillah..as for now,Alhamdulillah.
Selamat tinggal segala memori di PUDURAYA.
- Asap,Bau Busuk,Struktur bangunan yang tak mesra pengguna,ruang menunggu bas yang sesak dan tak cukup bangku!..Pendatang asing berkeliaran..Masya Allah.
Syukurlah,sejak ada TBS ni,selesa sungguh,macam Airport.
OK2,sorryla jangan tanya banyk pasal TBS,sebab aku tak sempat round sangat TBS ni pun,
On that particular day,we all kejar masa.musim cuti sekolah,semua perjalanan untuk semua syarikat bas yang ada penuh!
So mana bas yang paling awal,itulah yang akan hubby belikan tiketnya.
Yang bestnya,di sini penumpang dapat tengok semua jadual perjalanan bas-bas yang ada di screen yang disediakan.
Sangat menyenangkan untuk penumpang refer waktu perjalanan yang masih ada dan waktu bas sudah tiba di balai berlepas.
Lepas beli tiket kami,kami terpaksa bergegas turun ke balai berlepas - macam airpot u..Lagi sekali ayat dari bekas pengguna tegar PUDURAYA-a.k.a Jakon - mana tak jakonnya,PUDURAYA dan TBS yang jauh berbeza.
Waktu perjalanan kami cuma tinggal 10minit sebelum bas bergerak.
Tak punya banyak pilihan waktu perjalanan,mujurlah ada tiket dari Bas Ekspress Mayang Sari pukul 3.15petang.
Kalau nak naik bas lain terpaksa tunggu -perjalanan yang masih kosong - pada pukul 8.30 malam.
Memang lah tidak!
Turun di balai berlepas tu,aku sempat grab dua jenis snek dan dua botol mineral - ni penyelamat keadaan.
Mujur jugak ada booth yang menjual kudap-kudapan ni.
OKAY-masa yang ditunggu dah pun tiba,jeng jeng jeng... lepas hubby tolong letakkan beg dalam bas,
anak-anak pun bersalam-salam dengan daddy mereka ni,yang bestnya anak-anak kami ni selalunya kalau hantar daddynya pi kerja pun bersalam macam sebulan takkan jumpa,tapi kali ni salam sekali terus ajak panjat bas. Tahap keterujaan melampau dah tu.
ohoho..okay dipendekkan cerita,perjalanan yang mengambil masa tak sampai dua jam seperti selalu tu aku ringkaskan sebagai percubaan berani yang amat berjaya.
Apa tidaknya,sepanjang perjalanan, naik aja bas,lepas je hilang hubby dari pandangan mata anak-anak, yang si kecik,adelia senyap-senyap hilangkan kegusaran aku -
Dia tido sepanjang perjalanan dan hanya terjaga masa bas dah masuk ke Bandar Melaka!Syukur!
Masa tu lagi 10 minit bas akan turunkan penumpang kat Melaka Sentral,takda meragam,xda merengek dan jauh sekali nak melalak.Damia dan Danish pulak tak tidur-tidur sepanjang perjalanan.
Badan pun tak mau bersandar kat tempat duduk,sepanjang jalan duduk mengintai kat tingkap teruja tengok pemandangan dari atas bas..
Sampai di Melaka Sentral,kami terus ke bilik menunaikan hajat, kemudian Adelia dan Damia sempatla pau aku sorang satu mainan, dan aku managed untuk carik teksi yang harganya sedikit x munasabah-
Seingat aku,sepanjang perjalanan dari rumah kami hingga lah ke saat sampainya kami 4 beranak ke halaman rumah mak,abah, hanya isu harga teksi tu sahajalah yang membuatkan aku sedikit terganggu( tapi aku redha je,dah rezeki brother teksi tu hari tu).. yang lain-lain semuanya berlaku dengan sangat baik,mudah dan cepat.
Syukur Alhamdulillah Tuhan yang Maha Berkuasa.
Memudahkan segalanya tu untuk aku,walaupun bila sampai kat kampung,abah macam terkedu dan mak terus membebel kenapa x bagitau nak balik naik bas.
** Hemp mak,..selagi boleh buat,in shaa Allah sya akan buat sendiri sebab tak mahu susahkan sesiapa.
Memang kdg2 kita terpaksa susahkan keluarga, tapi percayalah yang semua tu berlaku sebab dah tak mampu nak atasinya,nak hadapinya sendiri.Bukan sengaja nak susahkan anak-anak jugak,jika kita fikirkan ia mudah dari peringkat pertama lagi,selalunya sesuatu tu akan jadi mudah.
Yang paling penting,memang sengaja taknak bagitau sesiapa sebab kalau bagitau abah,sure abah akan laratkan diri dia yang x larat tu memandu ke KL untuk menjemput aku.
Atau kalau aku bagitau awal,tentulah seseorang akan abah tugaskan untuk menunggu dan menjemput aku kat Melaka Sentral dan takut pulak tugasan yang abah beri tu akan mengganggu kerja-kerja orang lain yang lagi penting.
Yang paling penting dari segala kepentingan berdasarkan semua alasan dan sebab-sebab kenapa tak bagitau tu adalah - kalau la aku call mak abah bagitau kami 4 beranak akan balik kampung,
haaiiiii...tak merasalahh anak-anak aku nak update diary cuti sekolah diorg - balik kampung untuk wedding MAKTEH naik basssssSSSS ..... rugi wooohh !
hehehhe..Alhamdulillah.
TQ Allah.
Wednesday, 28 November 2012
Monday, 26 November 2012
Madam RizzQ Steamboat and Grill yang Mabellesss!
Hai
Nak bagitau,entry pasal restoran ni hari tu aku dah terdelete..tensionnya..entah ape kena dengan jari ni dok tegedik2 tekan button nak upload gambar sebenarnya,sudahnya tak perasan tertekan button
DELETE POST.
Okaylah,..N3 yg hari tu pun tak membantu sangat pun,....cerita je banyak,gambar tak sempat letak lagi..so this time better sikitla perkongsiannya,harap2 lah yea-
RESTORAN STEAMBOAT AND GRILL MADAM RIZZQ @ TAMAN PUNCAK JALIL
Selalunya aku dengan family yang peminat steamboat ni akan ke Restoran Nelayan yg kat TITIWANGSA LAKE tu untuk menyempurnakan hajat kami nk makan steamboat.Agak jauh dari rumah,tapi klu sesekali teringin,kami redah juga,esp masa bulan Ramadhan.
Ada berita baik untuk kami sekeluarga,bila tetiba bila selalu dok ulang alik mata ni tertangkap pulak kat signboard satu kedai ni,perkataan yg menangkap mata ni tentulah perkataan steamboatnya tu..
okaylah,..dah banyak kali kami serang restoran madam rizzq ni,pernah juga datang serang dengan kengkawan dan adik beradik,pernah jugaklah terpaksa pusing carik tempat lain sebab masa datang tu restoran tengah full house,malas nak menunggu sebab maklumlah,hidangan buffet ni kebiasaannya pengunjung akan duduk makan dalam jangkawaktu yang lama..(macam kiteorg gak)..hehe ..
Senang je nak carik restoran ni.. |
Sila jengah-jengah sikit luar tingkap tu,signboard yang senang nak nampak |
Okaylah,untuk maklumat anda yang mencari lokasi restoran ni,ia terletak di TAMAN PUNCAK JALIL
berdekatan dengan Pasaraya Khas- shoplot tepi jalan besar- Sila panjang2kan leher tu mengintai nanti klu terlajak jalan n tak jumpa,jangan salahkan tuan punya kedai ye..huhu..
Hidangan di sini seperti steamboat kat tempat lain jugak,disediakan secara buffet atau dalam erti kata rakyat malaysia yang kuang hasam - makanlah sampai LEBAM..
Ada banyak pilihan meatball,fishball,squidball,etc..mkanan laut pulak ada UDANG,KETAM,IKAN PARI,SOTONG SEGAR,SOTONG PLASTIC(nama anje utk sotong yg slu org buat sambal nasik lemak tu,aku xtau namanya apa,sorry)..KERANG,LALA,..untuk hidangan yang lebih enak di grill pula, ada di hidangkan AYAM,DAGING,KAMBING,IKAN KELI yang semuanya sudah siap sedia di marinate.
Aneka jenis SOS juga terhidang untuk menjadikan anda lebih 'leka' melayan selera bersteamboat nih..huhu
*kecur liur setiap kali terbayang keenakan sos-sos nya...yummeh!
Aneka pilihan mee,kat depan tu display freezer untuk segala macam fish/meat/squidball |
Jemput tengok..hehe |
Hasil tangkapan aku..huh |
Sup pilihan anda,ada sup biasa dan juga tomyam-pilih yang mana anda mahu okay-
Untuk yang gemarkan mee,complete lah kat sini boleh dikatakan semua jenis mee ada-
Sayuran pun banyak pilihan dan segar2 belaka.
Ada juga dihidangkan nasi goreng yang disediakan panas-panas untuk dinikmati oleh para pelanggan.
Kat sini juga menyediakan dua jenis minuman sejuk pada suatu waktu, dan aneka pilihan minuman panas yang dihidang di kaunter minuman panas,semua jenis minuman panas ada,disediakan dalam sachet,pilih dan layan diri anda-Terbaik!
Lepas makan segala hidangan yang lazat tu,aku selalunya tak lepaskan peluang untuk hirup semangkuk cendol yang jugak sangat MArvellous..
Hubby pulak suka tunggu pencuci mulut yang biasanya akan dihidang di pertengahan waktu makan malam tu-
Untuk anak-anak,tentunya waktu parent bg greenlight untuk pergi ambil aiskrim tu lah waktu yang paling di tunggu-tunggu...Boleh berguling-guling dibuatnya kalau tak di bagi-
Haa..amekk |
Ni lah hasilnya grilled prawn hencik hubby yang masakkan,aku makan kan je |
kaunter air- sila abaikan budak kecik model tu |
Cendol Corner - Must try! (Tapi gula merahnya kena letak lebih sikit,bg yg belum ada penyakit ehem2 tu..hehe..kat sini gula merahnya kurang manis sikit) |
Nasi goreng kat sini macam air tangan mak aku..isk..so rindu mak bolehla dtg sini ye hubby..-alasannnnn |
Madam RizzQ Steamboat and Grill |
Adelia dan Nasuha yang dah kenyang..ajak pi amik aiskrimmm.. |
Kesimpulannya-aku happy sangat sebab dah ada alternatif lain yang lebih mudah aksesnya untuk aku dan family menikmati hidangan steamboat yang berpatutan.
Dekat sangat dengan rumah,so rasa-rasanya bolehlah nak pencen sekejap dari meredah jam nak ke titiwangsa tu..
Terima kasihlah jugak kat owner restoran ni sebab anda sebenarnya telah memudahkan dan menyediakan kemudahan untuk para pelanggan seperti kami yang tinggal di sekitar kawasan ini..untuk menikmati hidangan steamboat pada harga yang berpatutan,enak dan yang penting halal-
Dr Azizan Othman mentor aku tu selalu cakap,berniaga ni jangan letakkan agenda untuk carik untung yang utama,tetapi fokuskan kepada tujuan -untuk memberi kemudahan dan menyediakan keperluan orang ramai-tak kiralah ape pun jenis peniagaan kita-
SO,owner restoran ni dah pun memudahkan urusan kami secara langsung--tq madam rizzq
Makanan pun sedap-sedap,layanan pun cepat..mana-mana yang kurang tu boleh diperbaiki lagi..
Selamat Maju Jaya Madam RizzQ Steamboat and Grill - In shaa Allah
Harga untuk seorang dewasa - rm20
Kanak-kanak bawah - rm10
Warga Emas - rm10
Makanan yang diambil tetapi tidak dihabiskan - akan didenda 100g - rm10
so,elakkan pembaziran,.. dah habis baru pi round top up lagi...hehe
Selamat mencuba - Rate aku boleh bagi untuk kedai ni -- hurmmm 9/10 - berdasarkan kesesuaian harga dan aneka pilihan hidangan.
Sunday, 25 November 2012
Blues
Dah berapa hari tak dapat jengok bilik ni.
Lately banyak perkara yang berlaku dan banyak sangat yang perlu diselesaikan,banyak juga yang datang mengganggu fikiran.Sampaikan terlalu lelah dah nak hadapi satu persatu.Tapi sampai ke waktu jejari ni mengetuk keyboard ni,aku masih mampu bertahan.Relax lah kan,boleh je pujuk diri sendiri setiap hari.
Dua tahun kebelakangan ni,merupakan tahun-tahun yang mencabar bagi aku,seperti dua tahun sebelumnya juga..dan dua tahun sebelum tu juga,eh kalau tak silap lagi dua tahun sebelum tu pun sama juga..Haha nasib dan bahagian masing-masing dah tertulis.
Apa pun ujian aku akan cuba hadapi dengan sabar,walau selalu jadi hilang sabar,tapi bila lihat wajah anak-anak dan teringatkan kasih sayang dari suami,aku bangkit semula membina semangat.
Perjalanan hidup kita takkan pernah sama dengan orang lain.Kalau untuk orang lain mungkin jalannya mudah,tapi mungkin takdir aku berbeza.Walaupun berusaha lebih dari kemampuan namun kalau telah Tuhan takdirkan aku harus gandakan kesabaran,aku redha.Dan kembali aku bangkit sendiri, mengumpul semangat untuk membina masa depan yang lebih 'bahagia'bersama keluarga tercinta.
Ya Allah permudahkanlah ia untuk seperti mana kau permudahkan ia untuk insan lain.Amin.

Wednesday, 7 November 2012
Zikir Terapi Diri
Now aku sangat suka dengar alunan zikir terapi diri daripada -Hafiz Hamidon -
U olss boleh dengar kat You Tube.
Semuanya sangat menenangkan dan very inspiring -kalau ada masa nanti aku bagi link ye..
Okay u olss,aku nak selesaikan tgjwb pada yang MAHA ESA.
Lepas tu aku akan mula masuk kerja.Bye,salam.

Restoran Ani Sup Utara Bandar Putra Permai Seri Kembangan
Salam
Tengah malam ni nak masukkan N3 pasal tempat makan yang best - mana tau kalau u olss nak cari tempat-tempat makan yang berdekatan dengan lokasi anda,bolehla jadikan N3 ni sebagai rujukan ye -ni entry yg pertama di bawah label niSemalam makan tengah hari agak dah lewat sangat -dalam pukul 4 macam tu disebabkan dari pagi aku n encik hubby busy settlekan banyak urusan.
So kebetulan lalu nak balik rumah,kami singgah makan di RESTORAN ANI SUP UTARA yang terletak di Bandar Putra Permai,Seri Kembangan.
Bila dah lewat makan ni biasanya tekak nak makan sesuatu yang terhidang panas-panaskan.Sup Pilihan yang tepat.
Sup kat sini agak ' light' - sesuai untuk mereka yang kurang gemar pada sup yang banyak herba-seperti lada hitam,rempah sup dan sebagainya.
** Range harga bermula dari rm5.80 dan ke atas.
** Aneka sup tersedia dalam menu seperti Sup Daging,Sup Perut,Sup Campur,Sup Urat
Ni saya punya-set Asam Pedas Daging,nasi,telur masin,ulam timun,asam pedas dan air. - rm9 |
** Juga terdapat menu asam pedas yang di hidang dalam Gerang Claypot dan akan di hidang panas bila di pesan pelanggan,
Bagi yang mahukan menu sampingan selain dari sup dan nasik,di sini juga ada menyediakan Soto,Meehun Sup,Nasik bubur ,nasi ayam penyet dsbnya.
Ni my princess punya - set nasik dan sup campur (w/o air) | -rm5.80 |
Selamat Menjamu Selera!
Rezeki
Uiks
Hari ni nak cerita pasal semangat kejiranan.
Zaman sekarang memang kebiasaannya susah nak jumpa perumahan yang penduduk-penduduknya hidup macam suasana kat kampung,dulu-dulu.
Lagi pula kalau di bandar ni,macam cliche pula bila nak sebut bab jiran sebelah rumah pun kita tak kenal.
Perkara tu dah biasa sekarang.
Berbeza dengan masa aku kecik-kecik dulu.Semua orang pun sama kot macam aku,kan..
Seronok bila semua jiran tu dah jadi macam saudara rapat kita,macam ibu saudara,macam bapa saudara.
Dulu aku duduk di Kuarters Polis,so bayangkanlah macam mana ramainya mak dan bapak saudara yang aku ada! Haha,'seronok' betul..SERONOK ada makna tu..
Janganla terfikir nak buat perangai nakal tak tentu hala,haa memang kurang berani la sebab dah tau dah 'mak bapak saudara' ni la yang akan tegur salah kita atau report kesalahan kita kat mak ngan abah aku.
Oh masa tu tension juga kami adik beradik.Maklumla,zaman kanak-kanak,zaman remaja, jahat tu xda tapi nakal tu jangan cerita.
Tapi bila zaman tu dah berlalu,terasa rindu pula nak tinggal dalam kawasan kejiranan yang rapat macam tu ,tapi zaman sekarang ni? Kat KL? Payah juga kan.
Aku bersyukur sangat sebab sebenarnya aku memang sedang tinggal dalam kawasan kejiranan yang sangat harmoni.Walaupun ada lagi yang belum sempat aku kenal,tapi sekurang-kurangnya kami saling bertegur sapa bila berjumpa.
Mungkin sudah rezeki kot bila kawasan kediaman dulu pun,semua jiran-jiran depan,tepi,hujung lorong rumah sangat rapat antara satu sama lain.
Ni nak cerita tentang salah seorang jiran yang tinggal selang beberapa buah rumah dengan aku.
Aku panggil dia kak jamie je,dia tinggal dengan family,suami dan dua anak perempuan yang cun giler - cun macam Nealofa u olss-hehe
Mereka ni warga Pakistan,suami kak Jamie ni doktor.
Apa yang istimewanya tentang jiran aku ni,dia ni rajin masak.
Hemp,biasala tu rajin masakkan,bukan tu yang istimewanya..
Yang bestnya setiap kali dia masak,setiap kali tu la dia akan hantar berjenis-jenis makanan kat rumah aku.Beberapa kali dalam satu hari.Kalau dia tak sibuk dan sempat masak,maka hari-harila aku akan terima berpinggan-pinggan hidangan dari Kak Jamie.
Menu yang biasanya dia masak,tentulah masakan negara asal dia.Semua sedap-sedap.
Sampai aku dan suami rasa segan nak terima..hehe..tapi rezeki dan dia nak bersedekah..alhamdulillah..Aku sendiri pun mula rasa seronok nk masak, sebab sekarang ni dapat juga dihulur sepinggan dua kat jiran tetangga,sama macam kecik-kecik dulu.Sekarang ni,turn anak-anak aku pula menghantar makanan ke rumah jiran,biar mereka rasa apa yang aku pernah rasa masa mak suruh aku hantar makanan ke rumah jiran-jiran kami dulu.Untung-untung mereka terdidik dengan sikap sayangkan jiran dan sikap memberi,In shaa Allah.
Berbalik pada kisah Kak Jamie,Tu salah satu kebaikan Kak Jamie yang nak aku kongsi, yang lain-lain tu macam biasala,dia sudi untuk tengok2kan anak masa aku busy,sekali sekala..dan macam-macam lagi
Jiran depan rumah Kak Jamie pun baik juga dengan keluarga kami,kalau mereka sekeluarga pulang ke kampung halaman mereka di Terengganu,macam-macam buah tangan yang mereka bawa pulang untuk kami.
Alhamdulillah,oh meriah sungguh rasanya bila semua jiran macam keluarga sendiri kan.
Bersyukur sungguh bila ada jiran-jiran yang baik seperti sekarang.
Aku berdoa setiap hari semoga kebaikan dan keberkatan sentiasa bersama aku dan semua jiran tetangga ku.InsyaAllah... Semoga aku dan keluargaku dapat menerima segala kelemahan jiran-jiran ku dan semoga jiran-jiran aku juga dapat menerima kekurangan kami seadanya.
Bagi aku,jiran itu umpama keluarga sendiri yang paling hampir dengan kita.Mereka yang paling cepat tahu tentang sakit pening dan susah senang kita.Sebab tu lah agama kita pun menyebut dan memberi panduan tentang adab hidup berjiran.
Salah satu pesanan baginda saw spt diriwayatkan oleh al Tabarani, ttg wasiat kejiranan,
"apabila kamu pulang dari pasar dan membawa makanan maka berikanlah sebahagian drpnya buat jiran,jika tiada kemampuan maka sembunyikanlah drp dilihat oleh mereka & janganlah anak2 kamu membawa makanan itu keluar hingga menyebabkan anak2 mereka melihatnya dengan rasa pengharapan''
Dan dalam riwayat yg lain
"jika kamu memasak lauk maka banyakkanlah kuahnya agar dpt diberikan sebahagiannya buat mereka.."
Wallahualam

Ni antara hidangan yang Kak Jamie pernah hantar.Complete dessert pun ada. |

Resepi Ayam Masak Kurma
Ni la rupa Ayam Masak Kurma ku... LAPARR.. |
Untuk anda yang sedang mencari resepi Ayam Masak Kurma yang MABELES,
ni aku kongsikan resepi yang aku guna pakai setiap kali tekak ni teringin nak makan lauk favourite orang Malaysia ni.Mungkin ada resepi yang lebih best, tapi resepi aku ni bagi selera aku dah cukup sesedap rasa orang kata,..Selamat Mencuba!
Bahan-Bahan Untuk Menumis
1-Bawang Kecil - 6 biji
2-Bawang Putih - 3 ulas
3-Halia Sebesar Ibu Jari
4-Cili Merah (Cili Masak - 2 atau 3 tangkai
----KISAR semua bahan di atas----
5-Kayu Manis Sebatang
6-Buah Pelaga
7-Rempah Kurma - Saya guna jenama Adabi
----CAMPUR semua bahan ini bersama BAHAN KISAR-------
Bahan Utama
1-Ayam Segar Secukup nya- ( untuk resepi ni sya guna seekor ayam sederhana besarnya)
2-Kentang Secukupnya -saya guna 4 atau 5 biji - Setiap satu Potong 4 -( tapi klu kentang tu somel jer saiznya ,potong dua cukup ye,klu x nanti kang jadi inti karipap pulak kentang kecik2,...hehe)
3-Santan Pekat - 2 cawan
4-Santan Cair - 1 1/2 cawan
5-Air Asam Jawa - 3 sudu
6-Garam secukupnya
7-Bawang Besar - Potong 4 - Untuk Hiasan
8-Tomato - Potong 4 - Untuk Hiasan
9-Cili Masak - Potong dua memanjang - Untuk Hiasan
Cara-Cara
1- Panaskan Minyak Dalam periuk,tumis bahan kisar yang dah dicampur bersama bahan tumis tadi sehingga
naik bau.
2-Masukkan ayam,tambah air sedikit sahaja untuk mengelakkan rempah hangit -- biar merenih hingga ayam kelihatan mula masak.
3-Masukkan santan cair dan kentang,perlahankan api - biar merenih perlahan -jangan lupa kacau
4-Masukkan Santan Pekat - garam dan perasa
5-Masukkan bawang besar yang dipotong 4- biar merenih perlahan
6-Tunggu hingga ayam betul-betul masak,sesuaikan rasa garam gula kalau mahu dan kepekatan kuah -
bolehla adjust sendiri ape yang perlu ye
7-Bila ayam sudah masak sempurna dan kentang sudah lembut,masukkan air asam jawa dan air limau nipis.
8-Masukkan semua bahan untuk hiasan yang masih belum dimasukkan - biar kuah merenih perlahan-
9-Sedia untuk dihidang
10- PASTIKAN ADA SAMBAL BELACAN -BARU SYOKK .. hehhe
------------------------ SELAMAT MENJAMU SELERA nyummm2------------------------------------
Subscribe to:
Posts (Atom)