Hai
Nak bagitau,entry pasal restoran ni hari tu aku dah terdelete..tensionnya..entah ape kena dengan jari ni dok tegedik2 tekan button nak upload gambar sebenarnya,sudahnya tak perasan tertekan button
DELETE POST.
Okaylah,..N3 yg hari tu pun tak membantu sangat pun,....cerita je banyak,gambar tak sempat letak lagi..so this time better sikitla perkongsiannya,harap2 lah yea-
RESTORAN STEAMBOAT AND GRILL MADAM RIZZQ @ TAMAN PUNCAK JALIL
Selalunya aku dengan family yang peminat steamboat ni akan ke Restoran Nelayan yg kat TITIWANGSA LAKE tu untuk menyempurnakan hajat kami nk makan steamboat.Agak jauh dari rumah,tapi klu sesekali teringin,kami redah juga,esp masa bulan Ramadhan.
Ada berita baik untuk kami sekeluarga,bila tetiba bila selalu dok ulang alik mata ni tertangkap pulak kat signboard satu kedai ni,perkataan yg menangkap mata ni tentulah perkataan steamboatnya tu..
okaylah,..dah banyak kali kami serang restoran madam rizzq ni,pernah juga datang serang dengan kengkawan dan adik beradik,pernah jugaklah terpaksa pusing carik tempat lain sebab masa datang tu restoran tengah full house,malas nak menunggu sebab maklumlah,hidangan buffet ni kebiasaannya pengunjung akan duduk makan dalam jangkawaktu yang lama..(macam kiteorg gak)..hehe ..
Senang je nak carik restoran ni.. |
Sila jengah-jengah sikit luar tingkap tu,signboard yang senang nak nampak |
Okaylah,untuk maklumat anda yang mencari lokasi restoran ni,ia terletak di TAMAN PUNCAK JALIL
berdekatan dengan Pasaraya Khas- shoplot tepi jalan besar- Sila panjang2kan leher tu mengintai nanti klu terlajak jalan n tak jumpa,jangan salahkan tuan punya kedai ye..huhu..
Hidangan di sini seperti steamboat kat tempat lain jugak,disediakan secara buffet atau dalam erti kata rakyat malaysia yang kuang hasam - makanlah sampai LEBAM..
Ada banyak pilihan meatball,fishball,squidball,etc..mkanan laut pulak ada UDANG,KETAM,IKAN PARI,SOTONG SEGAR,SOTONG PLASTIC(nama anje utk sotong yg slu org buat sambal nasik lemak tu,aku xtau namanya apa,sorry)..KERANG,LALA,..untuk hidangan yang lebih enak di grill pula, ada di hidangkan AYAM,DAGING,KAMBING,IKAN KELI yang semuanya sudah siap sedia di marinate.
Aneka jenis SOS juga terhidang untuk menjadikan anda lebih 'leka' melayan selera bersteamboat nih..huhu
*kecur liur setiap kali terbayang keenakan sos-sos nya...yummeh!
Aneka pilihan mee,kat depan tu display freezer untuk segala macam fish/meat/squidball |
Jemput tengok..hehe |
Hasil tangkapan aku..huh |
Sup pilihan anda,ada sup biasa dan juga tomyam-pilih yang mana anda mahu okay-
Untuk yang gemarkan mee,complete lah kat sini boleh dikatakan semua jenis mee ada-
Sayuran pun banyak pilihan dan segar2 belaka.
Ada juga dihidangkan nasi goreng yang disediakan panas-panas untuk dinikmati oleh para pelanggan.
Kat sini juga menyediakan dua jenis minuman sejuk pada suatu waktu, dan aneka pilihan minuman panas yang dihidang di kaunter minuman panas,semua jenis minuman panas ada,disediakan dalam sachet,pilih dan layan diri anda-Terbaik!
Lepas makan segala hidangan yang lazat tu,aku selalunya tak lepaskan peluang untuk hirup semangkuk cendol yang jugak sangat MArvellous..
Hubby pulak suka tunggu pencuci mulut yang biasanya akan dihidang di pertengahan waktu makan malam tu-
Untuk anak-anak,tentunya waktu parent bg greenlight untuk pergi ambil aiskrim tu lah waktu yang paling di tunggu-tunggu...Boleh berguling-guling dibuatnya kalau tak di bagi-
Haa..amekk |
Ni lah hasilnya grilled prawn hencik hubby yang masakkan,aku makan kan je |
kaunter air- sila abaikan budak kecik model tu |
Cendol Corner - Must try! (Tapi gula merahnya kena letak lebih sikit,bg yg belum ada penyakit ehem2 tu..hehe..kat sini gula merahnya kurang manis sikit) |
Nasi goreng kat sini macam air tangan mak aku..isk..so rindu mak bolehla dtg sini ye hubby..-alasannnnn |
Madam RizzQ Steamboat and Grill |
Adelia dan Nasuha yang dah kenyang..ajak pi amik aiskrimmm.. |
Kesimpulannya-aku happy sangat sebab dah ada alternatif lain yang lebih mudah aksesnya untuk aku dan family menikmati hidangan steamboat yang berpatutan.
Dekat sangat dengan rumah,so rasa-rasanya bolehlah nak pencen sekejap dari meredah jam nak ke titiwangsa tu..
Terima kasihlah jugak kat owner restoran ni sebab anda sebenarnya telah memudahkan dan menyediakan kemudahan untuk para pelanggan seperti kami yang tinggal di sekitar kawasan ini..untuk menikmati hidangan steamboat pada harga yang berpatutan,enak dan yang penting halal-
Dr Azizan Othman mentor aku tu selalu cakap,berniaga ni jangan letakkan agenda untuk carik untung yang utama,tetapi fokuskan kepada tujuan -untuk memberi kemudahan dan menyediakan keperluan orang ramai-tak kiralah ape pun jenis peniagaan kita-
SO,owner restoran ni dah pun memudahkan urusan kami secara langsung--tq madam rizzq
Makanan pun sedap-sedap,layanan pun cepat..mana-mana yang kurang tu boleh diperbaiki lagi..
Selamat Maju Jaya Madam RizzQ Steamboat and Grill - In shaa Allah
Harga untuk seorang dewasa - rm20
Kanak-kanak bawah - rm10
Warga Emas - rm10
Makanan yang diambil tetapi tidak dihabiskan - akan didenda 100g - rm10
so,elakkan pembaziran,.. dah habis baru pi round top up lagi...hehe
Selamat mencuba - Rate aku boleh bagi untuk kedai ni -- hurmmm 9/10 - berdasarkan kesesuaian harga dan aneka pilihan hidangan.
No comments:
Post a Comment