Wednesday, 28 November 2012

Bas Punya Cerita

Hai,
Musim Cuti sekolah dah tiba!

     Bila masuk hujung tahun,apelagi yang paling ditunggu oleh anak-anak kalau tak mulanya cuti sekolah.
Macam-macam rancangan yang mereka rancang nak ajak ibubapa penuhi hajat-hajat terpendam mereka.
Macam tu jugalah dengan anak-anak aku yang dah boleh aku kategorikan dalam lingkungan umur yang dah cerdik.Ada saja tempat yang kadang-kadang aku sendiri tak pernah dengar dan diorang cadangkan untuk pergi.
     Yelah nama pun kanak-kanak,manalah mereka faham tentang perbelanjaan nak ke disneyland,universal studio ehh macam-macam lagilah tempat kat oversea  yang di ajaknya..haha
Nak pergi berjalan jauh-jauh jer.Walaupun aku kadang-kadang cakap pada mereka,amboi pandainya mintak gi jalan jauh-jauh,banyak belanja nak kena standby tu tau,..tapi dalam hati,aku mendoakan agar keterujaan anak-anakku nak melawat tempat-tempat impian mereka itu akan tercapai juga satu hari nanti.
In shaa Allah.
     Sebenarnya anak-anak ni tak kisah pun kemana ibubapa bawa mereka,asalkan dapat pergi bersama-sama, mereka sudah cukup teruja dan akan  terlupa segala pantang larang! haha..
Aku dan suami sebenarnya amat-amat bertuah sebab kami dikurniakan anak-anak yang sangat memahami kesibukan kami.
Kalau kadang-kadang kami cuma sempat bawa mereka bersiar-siar di indoor park Giant je pun mereka dah cukup seronok!!
Sampai esok pun cerita tak habis.Alhamdulillah.
Minggu pertama cuti sekolah tahun ni aku dah bawa mereka ke Taman Tasik Titiwangsa,ada KARNIVAL UPIN IPIN kat sana.
Dari malam si abang dah tak sabar-sabar asik berulang kali tanya dan meneka apa agaknya yang ada di sana nanti.
Nak tau apa yang ada kat sana nanti aku buat N3 lain.

      Minggu kedua cuti sekolah,xboleh nak kemana-mana sebab adik aku nak walimatulurus.
So badan kena standby untuk cukup rehat,nak membanting tulang kat kampung nanti.
Jadi anak-anak dah tahu minggu kedua ni kami akan pulang ke kampung halaman aku kat Melaka Bandaraya Bersejarah.
      Aku fikirkan satu cara yang lebih menarik untuk anak-anak.supaya diorang dapat pengalaman baru bila balik kampung kali ni.
Kebetulan,suami tak dapat cuti dan terpaksa balik kampung lewat dari tarikh yang kami rancang,so aku cakap kat hubby
"agak-agak u lah kan, huru hara tak kalau i nak bawa anak-anak balik kampung naik bas? hahahaha..
spontan n laju je keluar dari mulut...
Berkerut seribu muka suami,..baru bagi cadangan je,
x ke mana nak di izinkannya.Maklumla anak-anak yang kecik yang masih tak tentu masa bila naik pasang anginnya tiba-tiba aku offer nak bawak mereka naik bas,all by my own? kihkihkih...
    Bagi aku setakat naik bas selama dua jam balik ke melaka tu Inn shaa Allah,aku berani dan bersungguh jugala bila menyatakan hasrat tu kat suami..hehe..Come on i can do it beybehh..KONPIDEN LEBEY ;p

 ** Pujuk punya pujuk selepas mensubmitkan kertas cadangan,disusuli pula dengan sedikit plan rangka kerja,usul-usul untuk mengurangkan risiko ketidakmampuan aku untuk mengendalikan 3 orang kanak-kanak di atas kenderaan awam yang x akan berhenti selama dua jam, akhirnyaaa ....
kertas cadangan aku diterima..!!  ------
ALAMAK!!
Dalam hati, Ya Allah betul ke ape yang aku buat ni..hahhahaha..
Dan debaran pun bermula.
     
".........yeahyeah...kita balik kampung naik bas,yeah,yeah "...bersorak anak-anak bila aku bagitau yang kami akan balik kampung naik bas.
Sampaikan aku yang rasa sedih,... Alhamdulillah,senangnya jaga hati mereka.


   Kemas baju,kemas rumah,settlekan barang untuk bawa balik kampung- Dan kena ingat beg tak boleh banyak sebab tenaga kerja terhad kali ni..
Gembira campur berdebar x sudah.
Gembira sebab tengok anak-anak yang teruja.
Berdebar-debar sebab memikiorkan takut anak-anak buat perangai waktu dalam perjalanan nanti.
Minta dijauhkan...uhuhu

Masa yang ditunggu akhirnya tiba. First time aku jejakkan kaki ke TBS.
Sebenarnya,ni pun antara sebab kenapa aku rela nak naik bas,sebab sekarang tak perlu bersesak-sesak kat PUDU RAYA lagi. Terbayangkan kepadatan PUDU RAYA sewaktu aku jadi pengguna tetap Bas Ekspress suatu masa dulu.
Zaman persekolahan, masa duk asrama,zaman kat kolej dan zaman dah ada anak sorang pun kdg2 aku redah gak  ..ye akulah pengguna bas ekspress yang setia.
Bertahun-tahun aku turun naik tangga usang puduraya tu,
dahlah menapak dari lebuh ampang ( oh LEBUH AMPANG pun sangat sarat dengan memori untuk diriku ini)...
Ehh tapi dulu relek je,dengan beg besar yang dua guni aku pikul jalan sorang-sorang ,kadang-kadang ada luggage tambahan seperti beg kertas,beg plastik,dah macam sherpa yang amik upah angkat beg dan barang pendaki kat Guning Everest tu,..serious sengsara urat bahu dengan urat lengan memikul beban beg-beg tu,dahlah jauhh.
Taknak tanya ke aku sampai ke Lebuh Ampang tu naik apa? Teksi? No,No,No..
Aku xda sponsorship sangatlah masa tu,semua ala-ala budget je so dari Wangsa Maju dan selepas pindah,dari Ampang,aku redah dengan town bas aje.Sape ingat bas mini no 49 dan Bas Len Seng ? Masa duduk di Ampang pulak,Intrakota no dah tak ingat dan Metro Bus..huhuhu..demi nak ziarah mak dan abah kat kampung,setiap minggu ! Aku sanggup 'berjuang' dalam bas2 tu sebelum sampai ke Lebuh Ampang!
Semuanya rasa manis-manis aje masa tu.Boyfriend pun belum ada,so tanggung sendiri.

     Dan aku pulak memang macam ni,selagi boleh buat,aku tak suka bagitau kesusahan yang aku hadapi.
Biarlah mak dengan abah cuma nampak aku muncul kat depan rumah dengan selamat,
Semua kesukaran yang aku kena hadapi sebelum dapat naik bas tu,aku tak akan cerita kat sesiapa masa tu.Oh banyaknya kenangan.
Dan bila masuk je kat TBS tu,terus satu-satu nostalgia kat PUDURAYA datang kat fikiran ni..dan aku terus membandingkan antara TBS dengan PUDURAYA....
Ya Allah,serikkkknya...heeeee idokler teman nak naik bas lagi klu kena angkut budak kecik 3 ketul ni kat PUDURAYA tu..!

Tabik spring kat diri sendiri sebab aku berjaya dapat pengalaman tu semua.Alhamdulillah..as for now,Alhamdulillah.
Selamat tinggal segala memori di PUDURAYA.
-  Asap,Bau Busuk,Struktur bangunan  yang tak mesra pengguna,ruang menunggu bas yang sesak dan tak cukup bangku!..Pendatang asing berkeliaran..Masya Allah.
Syukurlah,sejak ada TBS ni,selesa sungguh,macam Airport.

    OK2,sorryla jangan tanya  banyk pasal TBS,sebab aku tak sempat round sangat TBS ni pun,
On that particular day,we all kejar masa.musim cuti sekolah,semua perjalanan untuk semua syarikat bas yang ada penuh!
So mana bas yang paling awal,itulah yang akan hubby belikan tiketnya.
Yang bestnya,di sini penumpang dapat tengok semua jadual perjalanan bas-bas yang ada di screen yang disediakan.
Sangat menyenangkan untuk penumpang refer waktu perjalanan yang masih ada dan waktu bas sudah tiba di balai berlepas.
Lepas beli tiket kami,kami terpaksa bergegas turun ke balai berlepas - macam airpot u..Lagi sekali ayat dari bekas pengguna tegar PUDURAYA-a.k.a Jakon - mana tak jakonnya,PUDURAYA dan TBS yang jauh berbeza.
Waktu perjalanan kami cuma tinggal 10minit sebelum bas bergerak.
Tak punya banyak pilihan waktu perjalanan,mujurlah ada tiket dari Bas Ekspress Mayang Sari pukul 3.15petang.
Kalau nak naik bas lain terpaksa tunggu -perjalanan yang masih kosong - pada pukul 8.30 malam.
Memang lah tidak!

  Turun di balai berlepas tu,aku sempat grab dua jenis snek dan dua botol mineral - ni penyelamat keadaan.
Mujur jugak ada booth yang menjual kudap-kudapan ni.
OKAY-masa yang ditunggu dah pun tiba,jeng jeng jeng... lepas hubby tolong letakkan beg dalam bas,
anak-anak pun bersalam-salam dengan daddy mereka ni,yang bestnya anak-anak kami ni selalunya kalau hantar daddynya pi kerja pun bersalam macam sebulan takkan jumpa,tapi kali ni salam sekali terus ajak panjat bas. Tahap keterujaan melampau dah tu.
    ohoho..okay dipendekkan cerita,perjalanan yang mengambil masa tak sampai dua jam seperti selalu tu aku ringkaskan sebagai  percubaan berani yang amat berjaya.
Apa tidaknya,sepanjang perjalanan, naik aja bas,lepas je hilang hubby dari pandangan mata anak-anak, yang si kecik,adelia senyap-senyap hilangkan kegusaran aku -
Dia tido sepanjang perjalanan dan hanya terjaga masa bas dah masuk ke Bandar Melaka!Syukur!
Masa tu lagi 10 minit bas akan turunkan penumpang kat Melaka Sentral,takda meragam,xda merengek dan jauh sekali nak melalak.Damia dan Danish pulak tak tidur-tidur sepanjang perjalanan.
Badan pun tak mau bersandar kat tempat duduk,sepanjang jalan duduk mengintai kat tingkap teruja tengok pemandangan dari atas bas..
Sampai di Melaka Sentral,kami terus ke bilik menunaikan hajat, kemudian Adelia dan Damia sempatla pau aku sorang satu mainan, dan aku managed untuk carik teksi yang harganya sedikit x munasabah-
    Seingat aku,sepanjang perjalanan dari rumah kami hingga lah ke saat sampainya kami 4 beranak ke halaman rumah mak,abah, hanya isu harga teksi tu sahajalah yang membuatkan aku sedikit terganggu( tapi aku redha je,dah rezeki brother teksi tu hari tu).. yang lain-lain semuanya berlaku dengan sangat baik,mudah dan cepat.
Syukur Alhamdulillah Tuhan yang Maha Berkuasa.
Memudahkan segalanya tu untuk aku,walaupun bila sampai kat kampung,abah macam terkedu dan mak terus membebel kenapa x bagitau nak balik naik bas.
   **  Hemp mak,..selagi boleh buat,in shaa Allah sya akan buat sendiri sebab tak mahu susahkan sesiapa.
Memang kdg2 kita  terpaksa susahkan keluarga, tapi percayalah yang semua tu berlaku sebab dah tak mampu nak atasinya,nak hadapinya sendiri.Bukan sengaja nak susahkan anak-anak jugak,jika kita fikirkan ia mudah dari peringkat pertama lagi,selalunya sesuatu tu akan jadi mudah.

    Yang paling penting,memang sengaja taknak bagitau sesiapa sebab kalau bagitau abah,sure abah akan laratkan diri dia yang x larat tu memandu ke KL untuk menjemput aku.
Atau kalau aku bagitau awal,tentulah seseorang akan abah tugaskan untuk menunggu dan menjemput aku kat Melaka Sentral dan takut pulak tugasan yang abah beri tu akan mengganggu kerja-kerja orang lain yang lagi penting.
Yang paling penting dari segala kepentingan berdasarkan semua alasan dan sebab-sebab kenapa tak bagitau tu adalah - kalau la aku call mak abah bagitau kami 4 beranak akan balik kampung,
haaiiiii...tak merasalahh anak-anak aku nak update diary cuti sekolah diorg - balik kampung untuk wedding MAKTEH  naik basssssSSSS ..... rugi wooohh !
hehehhe..Alhamdulillah.
TQ Allah.
   

No comments:

Post a Comment