Wednesday, 28 November 2012

Bas Punya Cerita

Hai,
Musim Cuti sekolah dah tiba!

     Bila masuk hujung tahun,apelagi yang paling ditunggu oleh anak-anak kalau tak mulanya cuti sekolah.
Macam-macam rancangan yang mereka rancang nak ajak ibubapa penuhi hajat-hajat terpendam mereka.
Macam tu jugalah dengan anak-anak aku yang dah boleh aku kategorikan dalam lingkungan umur yang dah cerdik.Ada saja tempat yang kadang-kadang aku sendiri tak pernah dengar dan diorang cadangkan untuk pergi.
     Yelah nama pun kanak-kanak,manalah mereka faham tentang perbelanjaan nak ke disneyland,universal studio ehh macam-macam lagilah tempat kat oversea  yang di ajaknya..haha
Nak pergi berjalan jauh-jauh jer.Walaupun aku kadang-kadang cakap pada mereka,amboi pandainya mintak gi jalan jauh-jauh,banyak belanja nak kena standby tu tau,..tapi dalam hati,aku mendoakan agar keterujaan anak-anakku nak melawat tempat-tempat impian mereka itu akan tercapai juga satu hari nanti.
In shaa Allah.
     Sebenarnya anak-anak ni tak kisah pun kemana ibubapa bawa mereka,asalkan dapat pergi bersama-sama, mereka sudah cukup teruja dan akan  terlupa segala pantang larang! haha..
Aku dan suami sebenarnya amat-amat bertuah sebab kami dikurniakan anak-anak yang sangat memahami kesibukan kami.
Kalau kadang-kadang kami cuma sempat bawa mereka bersiar-siar di indoor park Giant je pun mereka dah cukup seronok!!
Sampai esok pun cerita tak habis.Alhamdulillah.
Minggu pertama cuti sekolah tahun ni aku dah bawa mereka ke Taman Tasik Titiwangsa,ada KARNIVAL UPIN IPIN kat sana.
Dari malam si abang dah tak sabar-sabar asik berulang kali tanya dan meneka apa agaknya yang ada di sana nanti.
Nak tau apa yang ada kat sana nanti aku buat N3 lain.

      Minggu kedua cuti sekolah,xboleh nak kemana-mana sebab adik aku nak walimatulurus.
So badan kena standby untuk cukup rehat,nak membanting tulang kat kampung nanti.
Jadi anak-anak dah tahu minggu kedua ni kami akan pulang ke kampung halaman aku kat Melaka Bandaraya Bersejarah.
      Aku fikirkan satu cara yang lebih menarik untuk anak-anak.supaya diorang dapat pengalaman baru bila balik kampung kali ni.
Kebetulan,suami tak dapat cuti dan terpaksa balik kampung lewat dari tarikh yang kami rancang,so aku cakap kat hubby
"agak-agak u lah kan, huru hara tak kalau i nak bawa anak-anak balik kampung naik bas? hahahaha..
spontan n laju je keluar dari mulut...
Berkerut seribu muka suami,..baru bagi cadangan je,
x ke mana nak di izinkannya.Maklumla anak-anak yang kecik yang masih tak tentu masa bila naik pasang anginnya tiba-tiba aku offer nak bawak mereka naik bas,all by my own? kihkihkih...
    Bagi aku setakat naik bas selama dua jam balik ke melaka tu Inn shaa Allah,aku berani dan bersungguh jugala bila menyatakan hasrat tu kat suami..hehe..Come on i can do it beybehh..KONPIDEN LEBEY ;p

 ** Pujuk punya pujuk selepas mensubmitkan kertas cadangan,disusuli pula dengan sedikit plan rangka kerja,usul-usul untuk mengurangkan risiko ketidakmampuan aku untuk mengendalikan 3 orang kanak-kanak di atas kenderaan awam yang x akan berhenti selama dua jam, akhirnyaaa ....
kertas cadangan aku diterima..!!  ------
ALAMAK!!
Dalam hati, Ya Allah betul ke ape yang aku buat ni..hahhahaha..
Dan debaran pun bermula.
     
".........yeahyeah...kita balik kampung naik bas,yeah,yeah "...bersorak anak-anak bila aku bagitau yang kami akan balik kampung naik bas.
Sampaikan aku yang rasa sedih,... Alhamdulillah,senangnya jaga hati mereka.


   Kemas baju,kemas rumah,settlekan barang untuk bawa balik kampung- Dan kena ingat beg tak boleh banyak sebab tenaga kerja terhad kali ni..
Gembira campur berdebar x sudah.
Gembira sebab tengok anak-anak yang teruja.
Berdebar-debar sebab memikiorkan takut anak-anak buat perangai waktu dalam perjalanan nanti.
Minta dijauhkan...uhuhu

Masa yang ditunggu akhirnya tiba. First time aku jejakkan kaki ke TBS.
Sebenarnya,ni pun antara sebab kenapa aku rela nak naik bas,sebab sekarang tak perlu bersesak-sesak kat PUDU RAYA lagi. Terbayangkan kepadatan PUDU RAYA sewaktu aku jadi pengguna tetap Bas Ekspress suatu masa dulu.
Zaman persekolahan, masa duk asrama,zaman kat kolej dan zaman dah ada anak sorang pun kdg2 aku redah gak  ..ye akulah pengguna bas ekspress yang setia.
Bertahun-tahun aku turun naik tangga usang puduraya tu,
dahlah menapak dari lebuh ampang ( oh LEBUH AMPANG pun sangat sarat dengan memori untuk diriku ini)...
Ehh tapi dulu relek je,dengan beg besar yang dua guni aku pikul jalan sorang-sorang ,kadang-kadang ada luggage tambahan seperti beg kertas,beg plastik,dah macam sherpa yang amik upah angkat beg dan barang pendaki kat Guning Everest tu,..serious sengsara urat bahu dengan urat lengan memikul beban beg-beg tu,dahlah jauhh.
Taknak tanya ke aku sampai ke Lebuh Ampang tu naik apa? Teksi? No,No,No..
Aku xda sponsorship sangatlah masa tu,semua ala-ala budget je so dari Wangsa Maju dan selepas pindah,dari Ampang,aku redah dengan town bas aje.Sape ingat bas mini no 49 dan Bas Len Seng ? Masa duduk di Ampang pulak,Intrakota no dah tak ingat dan Metro Bus..huhuhu..demi nak ziarah mak dan abah kat kampung,setiap minggu ! Aku sanggup 'berjuang' dalam bas2 tu sebelum sampai ke Lebuh Ampang!
Semuanya rasa manis-manis aje masa tu.Boyfriend pun belum ada,so tanggung sendiri.

     Dan aku pulak memang macam ni,selagi boleh buat,aku tak suka bagitau kesusahan yang aku hadapi.
Biarlah mak dengan abah cuma nampak aku muncul kat depan rumah dengan selamat,
Semua kesukaran yang aku kena hadapi sebelum dapat naik bas tu,aku tak akan cerita kat sesiapa masa tu.Oh banyaknya kenangan.
Dan bila masuk je kat TBS tu,terus satu-satu nostalgia kat PUDURAYA datang kat fikiran ni..dan aku terus membandingkan antara TBS dengan PUDURAYA....
Ya Allah,serikkkknya...heeeee idokler teman nak naik bas lagi klu kena angkut budak kecik 3 ketul ni kat PUDURAYA tu..!

Tabik spring kat diri sendiri sebab aku berjaya dapat pengalaman tu semua.Alhamdulillah..as for now,Alhamdulillah.
Selamat tinggal segala memori di PUDURAYA.
-  Asap,Bau Busuk,Struktur bangunan  yang tak mesra pengguna,ruang menunggu bas yang sesak dan tak cukup bangku!..Pendatang asing berkeliaran..Masya Allah.
Syukurlah,sejak ada TBS ni,selesa sungguh,macam Airport.

    OK2,sorryla jangan tanya  banyk pasal TBS,sebab aku tak sempat round sangat TBS ni pun,
On that particular day,we all kejar masa.musim cuti sekolah,semua perjalanan untuk semua syarikat bas yang ada penuh!
So mana bas yang paling awal,itulah yang akan hubby belikan tiketnya.
Yang bestnya,di sini penumpang dapat tengok semua jadual perjalanan bas-bas yang ada di screen yang disediakan.
Sangat menyenangkan untuk penumpang refer waktu perjalanan yang masih ada dan waktu bas sudah tiba di balai berlepas.
Lepas beli tiket kami,kami terpaksa bergegas turun ke balai berlepas - macam airpot u..Lagi sekali ayat dari bekas pengguna tegar PUDURAYA-a.k.a Jakon - mana tak jakonnya,PUDURAYA dan TBS yang jauh berbeza.
Waktu perjalanan kami cuma tinggal 10minit sebelum bas bergerak.
Tak punya banyak pilihan waktu perjalanan,mujurlah ada tiket dari Bas Ekspress Mayang Sari pukul 3.15petang.
Kalau nak naik bas lain terpaksa tunggu -perjalanan yang masih kosong - pada pukul 8.30 malam.
Memang lah tidak!

  Turun di balai berlepas tu,aku sempat grab dua jenis snek dan dua botol mineral - ni penyelamat keadaan.
Mujur jugak ada booth yang menjual kudap-kudapan ni.
OKAY-masa yang ditunggu dah pun tiba,jeng jeng jeng... lepas hubby tolong letakkan beg dalam bas,
anak-anak pun bersalam-salam dengan daddy mereka ni,yang bestnya anak-anak kami ni selalunya kalau hantar daddynya pi kerja pun bersalam macam sebulan takkan jumpa,tapi kali ni salam sekali terus ajak panjat bas. Tahap keterujaan melampau dah tu.
    ohoho..okay dipendekkan cerita,perjalanan yang mengambil masa tak sampai dua jam seperti selalu tu aku ringkaskan sebagai  percubaan berani yang amat berjaya.
Apa tidaknya,sepanjang perjalanan, naik aja bas,lepas je hilang hubby dari pandangan mata anak-anak, yang si kecik,adelia senyap-senyap hilangkan kegusaran aku -
Dia tido sepanjang perjalanan dan hanya terjaga masa bas dah masuk ke Bandar Melaka!Syukur!
Masa tu lagi 10 minit bas akan turunkan penumpang kat Melaka Sentral,takda meragam,xda merengek dan jauh sekali nak melalak.Damia dan Danish pulak tak tidur-tidur sepanjang perjalanan.
Badan pun tak mau bersandar kat tempat duduk,sepanjang jalan duduk mengintai kat tingkap teruja tengok pemandangan dari atas bas..
Sampai di Melaka Sentral,kami terus ke bilik menunaikan hajat, kemudian Adelia dan Damia sempatla pau aku sorang satu mainan, dan aku managed untuk carik teksi yang harganya sedikit x munasabah-
    Seingat aku,sepanjang perjalanan dari rumah kami hingga lah ke saat sampainya kami 4 beranak ke halaman rumah mak,abah, hanya isu harga teksi tu sahajalah yang membuatkan aku sedikit terganggu( tapi aku redha je,dah rezeki brother teksi tu hari tu).. yang lain-lain semuanya berlaku dengan sangat baik,mudah dan cepat.
Syukur Alhamdulillah Tuhan yang Maha Berkuasa.
Memudahkan segalanya tu untuk aku,walaupun bila sampai kat kampung,abah macam terkedu dan mak terus membebel kenapa x bagitau nak balik naik bas.
   **  Hemp mak,..selagi boleh buat,in shaa Allah sya akan buat sendiri sebab tak mahu susahkan sesiapa.
Memang kdg2 kita  terpaksa susahkan keluarga, tapi percayalah yang semua tu berlaku sebab dah tak mampu nak atasinya,nak hadapinya sendiri.Bukan sengaja nak susahkan anak-anak jugak,jika kita fikirkan ia mudah dari peringkat pertama lagi,selalunya sesuatu tu akan jadi mudah.

    Yang paling penting,memang sengaja taknak bagitau sesiapa sebab kalau bagitau abah,sure abah akan laratkan diri dia yang x larat tu memandu ke KL untuk menjemput aku.
Atau kalau aku bagitau awal,tentulah seseorang akan abah tugaskan untuk menunggu dan menjemput aku kat Melaka Sentral dan takut pulak tugasan yang abah beri tu akan mengganggu kerja-kerja orang lain yang lagi penting.
Yang paling penting dari segala kepentingan berdasarkan semua alasan dan sebab-sebab kenapa tak bagitau tu adalah - kalau la aku call mak abah bagitau kami 4 beranak akan balik kampung,
haaiiiii...tak merasalahh anak-anak aku nak update diary cuti sekolah diorg - balik kampung untuk wedding MAKTEH  naik basssssSSSS ..... rugi wooohh !
hehehhe..Alhamdulillah.
TQ Allah.
   

Monday, 26 November 2012

Madam RizzQ Steamboat and Grill yang Mabellesss!



Madam RizzQ Steamboat and Grill yang Mabellesss! 

Hai
Nak bagitau,entry pasal restoran ni hari tu aku dah terdelete..tensionnya..entah ape kena dengan jari ni dok tegedik2 tekan button nak upload gambar sebenarnya,sudahnya tak perasan tertekan button
DELETE POST.

Okaylah,..N3 yg hari tu pun tak membantu sangat pun,....cerita je banyak,gambar tak sempat letak lagi..so this time better sikitla perkongsiannya,harap2 lah yea-


RESTORAN STEAMBOAT AND GRILL MADAM RIZZQ @ TAMAN PUNCAK JALIL

Selalunya aku dengan family yang peminat steamboat ni akan ke Restoran Nelayan yg kat TITIWANGSA LAKE tu untuk menyempurnakan hajat kami nk makan steamboat.Agak jauh dari rumah,tapi klu sesekali teringin,kami redah juga,esp masa bulan Ramadhan.

Ada berita baik untuk kami sekeluarga,bila tetiba bila selalu dok ulang alik mata ni tertangkap pulak kat signboard satu kedai ni,perkataan yg menangkap mata ni tentulah perkataan steamboatnya tu..
okaylah,..dah banyak kali kami serang restoran madam rizzq ni,pernah juga datang serang dengan kengkawan dan adik beradik,pernah jugaklah terpaksa pusing carik tempat lain sebab masa datang tu restoran tengah full house,malas nak menunggu sebab maklumlah,hidangan buffet ni kebiasaannya pengunjung akan duduk makan dalam jangkawaktu yang lama..(macam kiteorg gak)..hehe  ..


Senang je nak carik restoran ni..

Sila jengah-jengah sikit luar tingkap tu,signboard yang senang nak nampak



 Okaylah,untuk  maklumat anda yang mencari lokasi restoran ni,ia terletak di TAMAN PUNCAK JALIL
berdekatan dengan Pasaraya Khas- shoplot tepi jalan besar- Sila panjang2kan leher tu mengintai nanti klu terlajak jalan n tak jumpa,jangan salahkan tuan punya kedai ye..huhu..

Hidangan di sini seperti steamboat kat tempat lain jugak,disediakan secara buffet atau dalam  erti kata rakyat malaysia yang kuang hasam - makanlah sampai LEBAM..
Ada banyak pilihan meatball,fishball,squidball,etc..mkanan laut pulak ada UDANG,KETAM,IKAN PARI,SOTONG SEGAR,SOTONG PLASTIC(nama anje utk sotong yg slu org buat sambal nasik lemak tu,aku xtau namanya apa,sorry)..KERANG,LALA,..untuk hidangan yang lebih enak di grill pula, ada di hidangkan AYAM,DAGING,KAMBING,IKAN KELI yang semuanya sudah siap sedia di marinate.
Aneka jenis SOS juga terhidang untuk menjadikan anda lebih 'leka' melayan selera bersteamboat nih..huhu

*kecur liur setiap kali terbayang keenakan sos-sos nya...yummeh! 


Aneka pilihan mee,kat depan tu display freezer untuk segala macam fish/meat/squidball


Jemput tengok..hehe


Hasil tangkapan aku..huh


 Sup pilihan anda,ada sup biasa dan juga tomyam-pilih yang mana anda mahu okay-
Untuk yang gemarkan mee,complete lah kat sini boleh dikatakan semua jenis mee ada-
Sayuran pun banyak pilihan dan segar2 belaka.
Ada juga dihidangkan nasi goreng yang disediakan panas-panas untuk dinikmati oleh para pelanggan.
Kat sini juga menyediakan dua jenis minuman sejuk pada suatu waktu, dan aneka pilihan minuman panas yang dihidang di kaunter minuman panas,semua jenis minuman panas ada,disediakan dalam sachet,pilih dan layan diri anda-Terbaik!
Lepas makan segala hidangan yang lazat tu,aku selalunya tak lepaskan peluang untuk hirup semangkuk cendol yang jugak sangat MArvellous..
Hubby pulak suka tunggu pencuci mulut yang biasanya akan dihidang di pertengahan waktu makan malam tu-
 Untuk anak-anak,tentunya waktu parent bg greenlight untuk pergi ambil aiskrim tu lah waktu yang paling di tunggu-tunggu...Boleh berguling-guling dibuatnya kalau tak di bagi-


Haa..amekk





Ni lah hasilnya grilled prawn hencik hubby yang masakkan,aku makan kan je


kaunter air- sila abaikan budak kecik model tu


Cendol Corner - Must try! (Tapi gula merahnya kena letak lebih sikit,bg yg belum ada penyakit ehem2 tu..hehe..kat sini gula merahnya kurang manis sikit)




Nasi goreng kat sini macam air tangan mak aku..isk..so rindu mak bolehla dtg sini ye hubby..-alasannnnn


Madam RizzQ Steamboat and Grill


Adelia dan Nasuha yang dah kenyang..ajak pi amik aiskrimmm..


 Kesimpulannya-aku happy sangat sebab dah ada alternatif lain yang lebih mudah aksesnya untuk aku dan family menikmati hidangan steamboat yang berpatutan.
Dekat sangat dengan rumah,so rasa-rasanya bolehlah nak pencen sekejap dari meredah jam nak ke titiwangsa tu..
Terima kasihlah jugak kat owner restoran ni sebab anda sebenarnya telah memudahkan dan menyediakan kemudahan untuk para pelanggan seperti kami yang tinggal di sekitar kawasan ini..untuk menikmati hidangan steamboat pada harga yang berpatutan,enak dan yang penting halal-

Dr Azizan Othman mentor aku tu selalu cakap,berniaga ni jangan letakkan agenda untuk carik untung yang utama,tetapi fokuskan kepada tujuan -untuk memberi kemudahan dan menyediakan keperluan orang ramai-tak kiralah ape pun jenis peniagaan kita-
SO,owner restoran ni dah pun memudahkan urusan kami secara langsung--tq madam rizzq


Makanan pun sedap-sedap,layanan pun cepat..mana-mana yang kurang tu boleh diperbaiki lagi..
Selamat Maju Jaya Madam RizzQ Steamboat and Grill - In shaa Allah


 




 Harga untuk seorang dewasa - rm20

Kanak-kanak bawah  - rm10
Warga Emas  - rm10

Makanan yang diambil tetapi tidak dihabiskan - akan didenda 100g - rm10
so,elakkan pembaziran,.. dah habis baru pi round top up lagi...hehe



Selamat mencuba - Rate aku boleh bagi untuk kedai ni -- hurmmm 9/10 - berdasarkan kesesuaian harga dan aneka pilihan hidangan.






 



















Sunday, 25 November 2012

Blues

  Dah berapa hari tak dapat jengok bilik ni.
Lately banyak perkara yang berlaku dan banyak sangat yang perlu diselesaikan,banyak juga yang datang mengganggu fikiran.Sampaikan terlalu lelah dah nak hadapi satu persatu.Tapi sampai ke waktu jejari ni mengetuk keyboard ni,aku masih mampu bertahan.Relax lah kan,boleh je pujuk diri sendiri setiap hari.
  Dua tahun kebelakangan ni,merupakan tahun-tahun yang mencabar bagi aku,seperti dua tahun sebelumnya juga..dan dua tahun sebelum tu juga,eh kalau tak silap lagi dua tahun sebelum tu pun sama juga..Haha nasib dan bahagian masing-masing dah tertulis.
    Apa pun ujian aku akan cuba hadapi dengan sabar,walau selalu jadi hilang sabar,tapi bila lihat wajah anak-anak dan teringatkan kasih sayang dari suami,aku bangkit semula membina semangat.
Perjalanan hidup kita takkan pernah sama dengan orang lain.Kalau untuk orang lain mungkin jalannya mudah,tapi mungkin takdir aku berbeza.Walaupun berusaha lebih dari kemampuan namun kalau telah Tuhan takdirkan aku harus gandakan kesabaran,aku redha.Dan kembali aku bangkit sendiri, mengumpul semangat untuk membina masa depan yang lebih 'bahagia'bersama keluarga tercinta.
Ya Allah permudahkanlah ia untuk seperti mana kau permudahkan ia untuk insan lain.Amin.

Wednesday, 7 November 2012

Zikir Terapi Diri

Now aku sangat suka dengar alunan zikir terapi diri daripada  -Hafiz Hamidon -
U olss boleh dengar kat You Tube.
Semuanya sangat menenangkan dan very inspiring -kalau ada masa nanti aku bagi link ye..
Okay u olss,aku nak selesaikan tgjwb pada yang MAHA ESA.
Lepas tu aku akan mula masuk kerja.Bye,salam.

Restoran Ani Sup Utara Bandar Putra Permai Seri Kembangan

Salam

Tengah malam ni nak masukkan N3 pasal tempat makan yang best - mana tau kalau u olss nak cari tempat-tempat makan yang berdekatan dengan lokasi anda,bolehla jadikan N3 ni sebagai rujukan ye -ni entry yg pertama di bawah label ni


Semalam makan tengah hari agak dah lewat sangat -dalam pukul 4 macam tu disebabkan dari pagi aku n encik hubby busy settlekan banyak urusan.
So kebetulan lalu nak balik rumah,kami singgah makan di RESTORAN ANI SUP UTARA yang terletak di Bandar Putra Permai,Seri Kembangan.

     
       Bila dah lewat makan ni biasanya tekak nak makan sesuatu yang terhidang panas-panaskan.Sup Pilihan yang tepat.
Sup kat sini agak ' light' - sesuai untuk mereka yang kurang gemar pada sup yang banyak herba-seperti lada hitam,rempah sup dan sebagainya.

**       Range harga bermula dari rm5.80 dan ke atas.
**       Aneka sup tersedia dalam menu seperti Sup Daging,Sup Perut,Sup Campur,Sup Urat 

Ni saya punya-set Asam Pedas Daging,nasi,telur masin,ulam timun,asam pedas dan air. - rm9
           Keting dan sbg.Yang paling best ialah Sup Gear Box.
**       Juga terdapat menu asam pedas yang di hidang dalam Gerang Claypot dan akan di hidang panas bila di pesan pelanggan,
Bagi yang mahukan menu sampingan selain dari sup dan nasik,di sini juga ada menyediakan Soto,Meehun Sup,Nasik bubur ,nasi ayam penyet dsbnya.







Ni my princess punya - set nasik dan sup campur (w/o air)-rm5.80
Untuk yang mahukan suasana selesa dan santai,layanan yang mesra dan pantas,saya cadangkan datanglah ke restoran ini untuk menikmati hidangan yang lazat dan berbaloi.
 

Selamat Menjamu Selera!

 

  

Rezeki

Uiks
Hari ni nak cerita pasal semangat kejiranan.
Zaman sekarang memang kebiasaannya susah nak jumpa perumahan yang penduduk-penduduknya hidup macam suasana kat kampung,dulu-dulu.
Lagi pula kalau di bandar ni,macam cliche pula bila nak sebut bab jiran sebelah rumah pun kita tak kenal.
Perkara tu dah biasa sekarang.
Berbeza dengan masa aku kecik-kecik dulu.Semua orang pun sama kot macam aku,kan..
Seronok bila semua jiran tu dah jadi macam saudara rapat kita,macam ibu saudara,macam bapa saudara.
Dulu aku duduk di Kuarters Polis,so bayangkanlah macam mana ramainya mak dan bapak saudara yang aku ada! Haha,'seronok' betul..SERONOK ada makna tu..
Janganla terfikir nak buat perangai nakal tak tentu hala,haa memang kurang berani la sebab dah tau dah 'mak bapak saudara' ni la yang akan tegur salah kita atau report kesalahan kita kat mak ngan abah aku.
Oh masa tu tension juga kami adik beradik.Maklumla,zaman kanak-kanak,zaman remaja, jahat tu xda tapi nakal tu jangan cerita.
Tapi bila zaman tu dah berlalu,terasa rindu pula nak tinggal dalam kawasan kejiranan yang rapat macam tu ,tapi zaman sekarang ni? Kat KL? Payah juga kan.

Aku bersyukur sangat sebab sebenarnya aku memang sedang tinggal dalam kawasan kejiranan yang sangat harmoni.Walaupun ada lagi yang belum sempat aku kenal,tapi sekurang-kurangnya kami saling bertegur sapa bila berjumpa.
Mungkin sudah rezeki kot bila kawasan kediaman dulu pun,semua jiran-jiran depan,tepi,hujung lorong rumah sangat rapat antara satu sama lain.
Ni nak cerita tentang salah seorang jiran yang tinggal selang beberapa buah rumah dengan aku.
Aku panggil dia kak jamie je,dia tinggal dengan family,suami dan dua anak perempuan yang cun giler - cun macam Nealofa u olss-hehe

Ni antara  hidangan yang Kak Jamie pernah hantar.Complete dessert pun ada.
Mereka ni warga Pakistan,suami kak Jamie ni doktor.
Apa yang istimewanya tentang jiran aku ni,dia ni rajin masak.
Hemp,biasala tu rajin masakkan,bukan tu yang istimewanya..
Yang bestnya setiap kali dia masak,setiap kali tu la dia akan hantar berjenis-jenis makanan kat rumah aku.Beberapa kali dalam satu hari.Kalau dia tak sibuk dan sempat masak,maka hari-harila aku akan terima berpinggan-pinggan hidangan dari Kak Jamie.
Menu yang biasanya dia masak,tentulah masakan negara asal dia.Semua sedap-sedap.
Sampai aku dan suami rasa segan nak terima..hehe..tapi rezeki dan dia nak bersedekah..alhamdulillah..Aku sendiri pun mula rasa seronok nk masak, sebab sekarang ni dapat juga dihulur sepinggan dua kat jiran tetangga,sama macam kecik-kecik dulu.Sekarang ni,turn anak-anak aku pula menghantar makanan ke rumah jiran,biar mereka rasa apa yang aku pernah rasa masa mak suruh aku hantar makanan ke rumah jiran-jiran kami dulu.Untung-untung mereka terdidik dengan sikap sayangkan jiran dan sikap memberi,In shaa Allah.

Berbalik pada kisah Kak Jamie,Tu salah satu kebaikan Kak Jamie yang nak aku kongsi, yang lain-lain tu macam biasala,dia sudi untuk tengok2kan anak masa aku busy,sekali sekala..dan macam-macam lagi
Jiran depan rumah Kak Jamie pun baik juga dengan keluarga kami,kalau mereka sekeluarga pulang ke kampung halaman mereka di Terengganu,macam-macam buah tangan yang mereka bawa pulang untuk kami.
Alhamdulillah,oh meriah sungguh rasanya bila semua jiran macam keluarga sendiri kan.

Bersyukur sungguh bila ada jiran-jiran yang baik seperti sekarang.
Aku berdoa setiap hari semoga kebaikan dan keberkatan sentiasa bersama aku dan semua jiran tetangga ku.InsyaAllah... Semoga aku dan keluargaku dapat menerima segala kelemahan jiran-jiran ku dan semoga jiran-jiran aku juga dapat menerima kekurangan kami seadanya.
Bagi aku,jiran itu umpama keluarga sendiri yang paling hampir dengan kita.Mereka yang paling cepat tahu tentang sakit pening dan susah senang kita.Sebab tu lah agama kita pun menyebut dan memberi panduan tentang adab hidup berjiran.


Salah satu pesanan baginda saw spt diriwayatkan oleh al Tabarani, ttg wasiat kejiranan,
"apabila kamu pulang dari pasar dan membawa makanan maka berikanlah sebahagian drpnya buat jiran,jika tiada kemampuan maka sembunyikanlah drp dilihat oleh mereka & janganlah anak2 kamu membawa makanan itu keluar hingga menyebabkan anak2 mereka melihatnya dengan rasa pengharapan''


 Dan dalam riwayat yg lain
"jika kamu memasak lauk maka banyakkanlah kuahnya agar dpt diberikan sebahagiannya buat mereka.."

          Wallahualam

Resepi Ayam Masak Kurma

Ni la rupa Ayam Masak Kurma ku... LAPARR..
Salam..
Untuk anda yang sedang mencari resepi Ayam Masak Kurma yang MABELES,
ni aku kongsikan resepi yang aku guna pakai setiap kali tekak ni teringin nak makan lauk favourite orang Malaysia ni.Mungkin ada resepi yang lebih best, tapi resepi aku ni bagi selera aku dah cukup sesedap rasa orang kata,..Selamat Mencuba!


Bahan-Bahan Untuk Menumis

1-Bawang Kecil  - 6 biji
2-Bawang Putih -  3 ulas
3-Halia Sebesar Ibu Jari
4-Cili Merah (Cili Masak - 2 atau 3 tangkai
----KISAR semua bahan di atas----

5-Kayu Manis Sebatang
6-Buah Pelaga
7-Rempah Kurma - Saya guna jenama Adabi
----CAMPUR semua bahan ini bersama  BAHAN KISAR-------

Bahan Utama
1-Ayam Segar Secukup nya- ( untuk resepi ni sya guna seekor ayam sederhana besarnya)
2-Kentang Secukupnya -saya guna 4 atau 5 biji - Setiap satu Potong 4 -( tapi klu kentang tu somel jer saiznya ,potong dua cukup ye,klu x nanti kang jadi inti karipap pulak  kentang kecik2,...hehe)
3-Santan Pekat             - 2 cawan
4-Santan Cair               - 1 1/2 cawan
5-Air Asam Jawa    -  3 sudu
6-Garam secukupnya
7-Bawang Besar - Potong 4 - Untuk Hiasan
8-Tomato - Potong 4 - Untuk Hiasan
9-Cili Masak - Potong dua memanjang - Untuk Hiasan

 Cara-Cara
1- Panaskan Minyak Dalam periuk,tumis bahan kisar yang dah dicampur bersama bahan tumis tadi sehingga
     naik bau.
2-Masukkan ayam,tambah air sedikit sahaja untuk mengelakkan rempah hangit  -- biar merenih hingga ayam kelihatan mula masak.
3-Masukkan santan cair dan kentang,perlahankan api - biar merenih perlahan -jangan lupa kacau
4-Masukkan Santan Pekat - garam dan perasa
5-Masukkan bawang besar yang dipotong 4- biar merenih perlahan
6-Tunggu hingga ayam betul-betul masak,sesuaikan rasa garam gula kalau mahu dan kepekatan kuah - 
   bolehla adjust sendiri ape yang perlu ye
7-Bila ayam sudah masak sempurna dan kentang sudah lembut,masukkan air asam jawa dan air limau nipis.
8-Masukkan semua bahan untuk hiasan yang masih belum dimasukkan - biar kuah merenih perlahan-
9-Sedia untuk dihidang

10- PASTIKAN ADA SAMBAL BELACAN -BARU SYOKK .. hehhe

------------------------ SELAMAT MENJAMU SELERA nyummm2------------------------------------

Sunday, 4 November 2012

Tersentuh Hati

salam,
Pejam celik,pejam celik,Kita dah nak menghampiri penghujung tahunkan.Bila penghujung tahun aje,sampailah jugak musim tengkujuh.
Kat KL ngan Selangor sekarang tiap-tiap hari hujan.Kalau tak pagi,petang,kalau tak petang,tengah malam.Ni kat belah-belah selatan,agaknya macam manalah kat negeri-negeri sebelah Pantai Timur. Kesian sangat bila tengok tempat mereka di timpa banjir.
Simpati betul.
    Nasib juga aku duduk kat kawasan yang xda risiko banjir,. Kalau ada pun banjir kilat,
Alhamdulillah pulak aku duduk rumah tinggi,hehe..
Tapi kalau dah hujan lebat sangat,rumah yang tinggi-tinggi ni lah yang paling kuat dengar bunyi guruh.
Hemp,aku ada satu cerita nak kongsi.
Cerita ni berlaku ketika hujan lebat -sangat-sangat lebat- minggu lepas. Waktu tu,aku baru jer balik dari menjemput Danish balik sekolah.
Camni ceritanya...

      Petang yang agak gelap dan kelam suasananya tu memang mengundang seram sejuk satu badan-angin sepoi-sepoi memang tak wujud waktu tu.Yang ada cuma bunyi hujan yang lebat turun mencurah curah ke bumi.Menderu-deru jugalah bunyi sang angin bertiup,bukan anak-anak aku jer takut,aku pun sama!
    Itu sekadar nak bagi gambaran kat korang tentang suasana waktu tu,hujan lebat beserta angin kuat.Aku bersama 3 orang budak kecik aku ni baru sampai kat parking rumah.Tutup pintu kereta dan slow-slow kami jalan berpimpin tangan menuju ke lobi lift tempat tinggal kami.
Cuaca dah gelap ni,anak-anak takut,tu yang kena mention jalan berpimpin tangan --- hehe--Walaupun berbumbung,tapi tempias hujan tetap mampu membasahkan baju,tu tandanya yang angin waktu tu tersangat la kuat!
     Belum pun sampai kat lobi tempat letaknya lift tu,dari jauh kami nampak motor si penjual
PUTU MAYAM - elok jer parking kat lobi tu,tepi lift,sikit lagi motor dia boleh masuk terus dalam lift..apada anne ni kata aku dalam hati,tapi faham sebab angin tengah kuat,dia pun nak protect putu mayam dia jugak.
Aku dah senyum,lega la dapat jugak beli juadah minum petang hari ni setelah beberapa cubaan nak beli goreng pisang gagal disebabkan aku rushing mengejar masa dan takut hujan turun sebelum sempat sampai kat rumah!
      Gembira sungguh Damia bila nampak tong putu mayam tu atas motor si penjual sebab ni antara kuih favourite dia. Dia macam dapat agak yang conform mummy dia akan beli.Sampai depan motor tu aku pun order kat si penjual yang berbangsa India tu -
"bagi macam biasa,rm3,gula,kelapa bagi asing" - ni ayat kebiasaan aku time order -Si penjual Putu Mayam tu pun cepat-cepat nak siapkan order aku tu..dia pun tau aku sure nak cepat maklumlah hujan lebat,aku pulak bawak askar-askar kecik ni.
      Nak di jadikan cerita-tengah menunggu order siap tu,(masa tu depan lift dah mula ramai orang tunggu turn dapat naik ke rumah masing-masing),masa tu jugaklah,ada seorang lelaki ni bersama anak dia yang baru sampai terus menuju kat depan motor si Penjual Putu Mayam. Aku ni macam biasalah bila terjumpa jiran,terserempak atau berselisih ke aku mesti senyum,walaupun x kenal duduk tingkat berapa tapi dah anggap semua tu jiran tetangga aku.So aku senyum jugakla pada lelaki dengan anaknya tu... (hurm..) -- nanti aku cerita kenapa aku cakap -- hurmm..
  
  Lama pulak anney ni bungkus order aku,Tetiba tak semena-mena,lelaki yang baru sampai tadi tu menegur penjual putu mayam ni - Aduii..ayatnya aku dah tak berapa ingat,tapi NADA suaranya tu,sampai sekarang masih terngiang-ngiang kat cuping telinga aku- Aduiii sekali lagi!
Maksud teguran lelaki tu - dia menegur penjual tu kenapa parking motornya terlalu dekat dengan lift,lain kali dia suruh anney tu parking tempat yang dia dah tunjukkan dengan jari dia - hehe kira camtula maksud teguran dia yang mampu aku simpulkan.Tapi, NADA tu kenapa perlu begitu?
Tak taula kenapa,  bila dengar lelaki tu menegur ,aku pulak yang tersentap.Bukan sebab apa,sebab nada nya sangat kasar dan sedikit sombong. Yang lagi buat hati ni sedih,bila tengok anne putu mayam tu macam takut sangat sampai terangguk-angguk kepala dan masa tu jugak dia alehkan motosikalnya.
Lepas dah tegur dengan gaya sombong macam tu,lelaki dengan anaknya tu terus masuk lift tak pandang dah muka aku yg berdiri betul-betul sebelah dia,elok pulak tu aku terkebil-kebil mata sebab terperanjat.Haha.
Dalam hati aku, elok juga order aku belum siap.
    Bila dah bayar putu mayam kami, aku pun tekan lift nak terus naik ke rumah kami,Masuk aje ke rumah, Danish yang dah faham tu apelagi,terus buka mulut
Ini mungkin luahan yang dia dah simpan selama hampir 15 minit kot.

Ni dialog anak aku yang baru berumur 8 tahun.
Danish : " Mummy,Abang kesianlah tengok uncle jual putu mayam tadi tu"
Aku    : Kenapa abang kesian kat uncle tu,biasalah dia kan carik rezeki.- jawab aku yang belum faham maksud dia.
Danish : Bukan,abang kesian tengok bila dia kena marah dengan uncle yang tadi tu,tak baiklah cakap kasar macam tu,kalau nak bagitau suruh parking motor tempat lain,bagitaulah elok-elok,Danish tak suka la tengok uncle tu cakap kasar dekat uncle putu mayam tu,uncle putu mayam tu kan nak lindung diri dari hujan.
Aku  : ( waktu ni aku terdiam sebab maknanya bukan aku jer perasan benda tu salah ) Betul juga apa yang abang cakap tu,xpelah,abang nanti jangan buat macam tu kat sesiapa ye,kita kena hormat orang,kalau nak tegur kesalahan seseorang,tegur dengan cara dan nada yang baik,x da la orang malu bila di tegur macam tadi tu depan orang ramai. ( Panjang lebar jawapan aku supaya dia jelas)

     Sketsa tu berlaku tak sampai 10 minit pun,tapi kesannya pada aku dan anak-anak sangat mendalam.
Betullah,dalam sesetengah situasi,kita mungkin berada di pihak yang perlu menegur kesalahan orang lain,tetapi sebenarnya,banyak adab-adab menegur yang perlu kita pelajari..kan?
Paling mudah bagi aku,tak perlu menegur dalam keadaan wajah yang agak sombong dan dengan nada yang angkuh.Perlu juga kita jaga air muka orang yang di tegur,bila di tegur di khalayak ramai.
    Pendapat individu aku pula,kita sebagai orang beragama Islam,perlu tunjukkan akhlak yang baik tak kira pada siapa.Lebih-lebih lagi pada bangsa lain.Walaupun hanya teguran pada kesilapan kecil,tapi kalau dilakukan dengan cara yang angkuh,sesiapa pun tentu akan berasa kecil hati dan malu.
    Hurm,pengajaran dari cerita aku ni,walau dengan siapa kita berdepan,budi bahasa sangat penting.Walau pun pada bangsa yang bukan seagama, tetap di tuntut untuk tunjukkan akhlak dan budi pekerti yang baik walau dalam perkara-perkara sekecil itu sekalipun.
Kalau mereka yang bukan seagama pun boleh bertegur sapa bila kami teserempak dalam satu lif atau di tempat letak kereta,berbual-bual seminit dua,bertanya tinggal di tingkat berapa,jadi aku agak pelik kenapa yang seagama pula yang tak pernah bertegur sapa.Tapi so far,jiran-jiran aku kat sini semuanya baik-baik belaka,yang aku maksudkn tu terkecuali.
Kata aku dalam hati -oh mungkin dia tak perlukan sedekah aku ni..hehe
  p/s : Rasa-rasanya korang dah dapat jawapan kan kenapa aku cakap " Hurmmm.." kat atas tu..hehehe
         Dan sebenarnya itu bukan pertama kali terjadi pada aku dengan orang yang sama..hahahah
         So pengajaran nya, tak ada ruginya kalau kita bersikap peramah atau sekadar membalas senyuman.
         Bagaimana raut wajah korang bila terserempak/berselisih dengan jiran korang ?
        
          Senyum tu kan sedekah,betul tak mummy?-
          Inilah kata-kata ingatan yang selalu Damia sebutkan..
          Banyak juga aku belajar dari anak-anak
          Sebab kadang-kadang,Kanak-kanak mungkin lebih mengerti.........

 

Pembantu Rumah?

Hari ni pagi-pagi dah hantar encik suami pergi kerja.Memang alamatnya duduk rumah xda buat apa la hari ni.
Cadangnya nak mengemas rumah,sebab mata dah macam x larat perhati banyak kerja tertangguh.Dalam hati asyik berangannnn,kalaulah ada maid..sure tak payah nak pening pening fikir kerja rumah mana yang belum settle.Pastu rehat pun cukup,Anak-anak boleh makan on time(sebab selalu sangat diorang lambat makan bila mummy diorg bz dengan kerja rumah).
   Tapi betul ke hilang semua pening,hilang segala penat bila dah ada pembantu rumah ni?
Kalau nasib tak berapa baik,silap-silap rasanya ramai yang bertambah pening bila pembantu rumah buat hal.
Ramai sangat kawan-kawan aku yang bercerita.Aku yang dengar pun dah seriau inikan yang pernah berdepan dengan macam-macam kerenah pembantu rumah.
   Tak sanggup nak huraikan segala kerenah sebab ramai yang dah sedia maklum.Tup tup,semalam buka paper KOSMO,tu dia terpampang cerita pembantu rumah Paknil - Aznil Haji Nawawi dah larikan sejumlah besar barang berharga miliknya - cerita lanjut cuba baca kat sini --
http://search.yahoo.com/r/_ylt=A0oGdUSmM5ZQCGoAbq1XNyoA;_ylu=X3oDMTE1NnRrbG1oBHNlYwNzcgRwb3MDMwRjb2xvA3NrMQR2dGlkA1NNRTEzN18yMTQ-/SIG=12nfv74ua/EXP=1352049702/**http%3a//www.bernama.com.my/bernama/v6/bm/newsgeneral.php%3fid=706702

    Ngeri pulak bila baca cerita-cerita camni.Bertambah takut dan makin terbenamlah angan-angan nak ada maid.Bagi aku,biarlah penat separuh nyawa sekali pun,aku rela dari terpaksa  menanggung risiko hidup sebumbung dengan seseorang yang kita tak pernah kenal sebelumnya-Tapi kalau untuk mereka yang terpaksa ada pembantu rumah,dan itu merupakan satu keperluan,rasanya lebih baik kita selidik secukupnya latar belakang mereka.Asal usul,tempat tinggal di tanah air mereka,sangat penting semua ni kan.
   So,petang yang damai ni,marilah kita sambung segala kerja yang terbengkalai,buat sikit-sikit klu letih tidur dulu,takda sapa yang nak marah kan,rumah kita..lakukan sebaiknya..hehe..bye.


Saturday, 13 October 2012

Kalau Mahu,Seribu Daya

Salam..
Petang-petang camni kebiasaannya anak2 tidur,,so sy ada masa utk diri sendiri..
Kerja rumah ada yang dah siap,ada yang sedang tunggu turn dan ada gak yg dah terbengkalai 2 hari..huhu.
Nak mengomel jugak pasal diri sendiri yang serba penat kebelakangan ni..hurm kadang kadang terkesan juga dengan kata-kata sceptical sesetengah orang yang bila tahu status "kesuri rumahan" seseorang,..
pernah dengar ayat camni - oh tak kerja ke?senangla jadi suri rumah..bla bla bla..- SENANG? tang mana yang senang tu saya x berapa pasti..
        Hurm,ada yang saya iyakan aja,sebab mungkin dah tak tau  nak jawab apa dan kita tak mahu ambil berat sangat perkara yang kecil tu..Tapikan, ishh mesti ramailah suri rumah yang angkat dua dua tangan kalau saya cakap - jadi suri rumah ni lagi penat dari bekerja ,pulak tu gaji pun tak tetap,(kdg2 xda gaji huhu...) Bonus ?conform atas ihsan suami aje,itupun klu suami dapat bonus,merasala kita seringgit dua,ye tak.. hehehehe -
       Saya dah merasa jadi dua-dua,..masa cuma ada Danish dulu,saya bekerja,balik kerja je dengan anak,makan dan pakai anak 80% pengasuh settlekan.Balik rumah cuma buat kerja2 basic,hujung minggu kemas rumah.Penat memang penat tapi rasanya,jadi full time housewife ni tripple penatnya...
TENSION giler bila tengok kerja rumah tak habis habis,orang belum bangun kita dah kena bangun.Orang dah lena tidur kita terkebil2 lagi fikir ape lg yg belum buat..ISHH..
    Macam tu la rasanya serba sikit bila jadi suri rumah sepenuh masa ni.Yang menambahkan faktor kepenatan sya sekarang,bila saya aktif kembali  berniaga.
oh,sangatlah mencabar fizikal dan mental ibu beranak 3 ni..nak-nak bila terpaksa uruskan sesuatu waktu suami takda bersama..hehe,sakan pening kepala nak uruskan perniagaan yang kecil tu pun dalam waktu yang sama menguruskan anak-anak jugak.
  Tapi,setiap hari bila saya lihat dan baca kisah suri2 rumah skrg yang rata-rata berniaga,(berniaga besar besaran pulak tu),..hati kecik ni terdetik,..ishh tabahnya mereka demi mencari rezeki..hidup sekarang makin memerlukan perbelanjaan yg besarkan,so x hairan memang susah nak cari suri rumah yang 100% jd suri rumah je.
Paling kecik dan senang,paling tidak mereka jual Avon ke,Vantage ke,..eh mcm2 lagilah,paling besar ada yang dah bukak butik sendiri,restoran sendiri,dan macam2 lagilah,..semuanya berasal dari berniaga 'suka suka' atau saya suka cakap 'bisnes manja-manja' dari rumah,tapi disebabkan dibuat dengan kesungguhan,hasilnya.. saya salute sungguh!
    So,dengan bangganya mereka boleh sandang dua jawatan besar sekaligus, suri yang duduk di rumah jaga suami,..ibu kepada anak2 full time uruskan anak dan juga yang best boleh dapat duit sendiri..bestkan.
Saya selalu yakinkan diri sendiri,kalau kita berusaha,pasti Tuhan akan bagikan jalan.Kepuasan tu bukan terletak pada nilai wang yang saya akan dapat, tapi kepada betapa nilai sabar yang mampu saya bagi untuk buat yang terbaik dalam hidup setiap hari.
   Untuk suri-suri rumah dan bakal suri rumah, kalaupun kita tak bekerja mungkin atas alasan2 tersendiri,tak ape. Duduk rumah pun boleh berniaga juga,cubalah sikit,lama-lama tambah sikit lagi, dari sekadar berniaga suka-suka lama kelamaan dapat juga jadi pendapatan tetap kita,happy kan, dapat full time jaga suami dan anak anak,dapat pulak carik duit shopping sendiri,..hik3..
percayalah,dalam dunia ni xda yang mustahil utk kita gapai,kalau ada azam yang tinggi,dengan modal cuma rm10 pun kita mampu lakukan sesuatu asalkan kita buat dengan cara yang betul..
ehh betulkan kata cikgu2 kita dulu,.. kalau nak seribu daya,kalau dah tak nak,seribu daleh..hehe..
saya memang sangat suka kata-kata semangat tu.
salam.
  

:: Lempeng ohh lempeng::

salam,
hai ni entry yang kedua..ambil masa selang 10 minit jer pun dari entry yg pertama tu..hehe
apa nak cerita pun tak tau,sebenarnya,
Sebenarnya saya ni suka masak,suka jugak makan2,siapa tak suka makan kan..tapi ramai yang tak suka masak,ye ke? tak kot..zaman sekarang semua rajin masak,kedai dah banyak,bila teringin nak makan ape2,google je resepi ,bawak rezepi gi kedai,apelagi,..carila bahan..balik rumah boleh terus berperang kat dapur.
Cakap je menu negara mana,apa bahan sekali pun mesti ada je jual kat kedai,sekarang semua dah senang..penghalangnya cuma rajin atau tidak,dengan masa..yg busy memang tak sempatla nak main perang2 kat dapur setiap hari,so dapur pun cantik sentiasa..untungnya kat situ,tapi ruginya lagi banyak tau..
Ruginya apa,xpela carikla sendiri,x sampai hati nak cakap..hehhe
Basicnya,sekarang dah mudah,kedai banyak,bukan macam dulu,..
ehh macam saya tau pulak dulu kedai x banyak,nak makan susah,nak beli barang nak masak pun susah.
Sekali kalau dah keluar beli barang,sila la buat list barang sesempurna mungkin.
Jangan tertinggal satu pun,
contoh kalau nak buat lempeng terlupa beli tepung,maka minggu depanla baru dapat breakfirst lempeng,kedai jauh,nak pergi tu bercintaaa...
Mana saya tau semua ni?
  Mak saya yang rajin cerita,kisah dia dulu dulu,..
Abah saya kerja polis,dulu diorang tinggal kat berek(kediaman anggota polis.)
Mak cerita,nak makan punyala payah.Masa tu abah belum ada pangkat,Koperal aje,so gaji tak besar,kereta belum ada,abah cuma ada motor,tiap kali nak beli barang dapur mak akan pastikan tak ada senarai barang yang tertinggal,kalau terlupa beli tepung,alamat masamla muka abah saya x dapat bersarapan dengan lempeng kegemaran dia sebelum pergi kerja..tapi tu dulu,kedai tak banyak..sekarang dah lain.so sbg perempuan kita kena rajin2 masuk dapur ok,..asah skill setiap hari,demi keluarga tecinta,gituww
tapi kenapa Lempeng lagi? bg contoh jer mesti lempeng..haha
Ha kalau nak tau,lempeng tu ermmm sedapp,inila anatara makanan fav abah saya dari dulu smp skrg
Bak kata abah,x dpat roti canai xpe,tapi jangan x makan lempeng dalam semnggu..boleh pitam agaknya,..hehe
hurm abah,abah..tapi mak saya memang teror buat lempeng yang superb!!
so entry kali ni saya dedicate khas utk abah saya,..abah dan lempengnya
p/s: kepada sesapa yang tak tau rupa lempeng,kebetulan saya ada buat lempeng utk minum petang ,petang tadi,so pakat2 tengok rupa lempeng tu ye,resepinya klu ada kelapangan nanti saya letak..
lempeng panas2 sedap di makan dengan sambal tumis ikan bilis atau kuah asam pedas atau kari semalam,kalau ada sambal belacan semalam punya,lagiiiii besttt...
Fuhh! Terangkat kening dia punya sedap tu takleh nak cerita..
Yang saya buat ptg tadi cecah sambal ikan bilis,sila la jamu mata kita sama2 ye..
lempenggg ohh lempengg :))