Saturday, 13 October 2012

Kalau Mahu,Seribu Daya

Salam..
Petang-petang camni kebiasaannya anak2 tidur,,so sy ada masa utk diri sendiri..
Kerja rumah ada yang dah siap,ada yang sedang tunggu turn dan ada gak yg dah terbengkalai 2 hari..huhu.
Nak mengomel jugak pasal diri sendiri yang serba penat kebelakangan ni..hurm kadang kadang terkesan juga dengan kata-kata sceptical sesetengah orang yang bila tahu status "kesuri rumahan" seseorang,..
pernah dengar ayat camni - oh tak kerja ke?senangla jadi suri rumah..bla bla bla..- SENANG? tang mana yang senang tu saya x berapa pasti..
        Hurm,ada yang saya iyakan aja,sebab mungkin dah tak tau  nak jawab apa dan kita tak mahu ambil berat sangat perkara yang kecil tu..Tapikan, ishh mesti ramailah suri rumah yang angkat dua dua tangan kalau saya cakap - jadi suri rumah ni lagi penat dari bekerja ,pulak tu gaji pun tak tetap,(kdg2 xda gaji huhu...) Bonus ?conform atas ihsan suami aje,itupun klu suami dapat bonus,merasala kita seringgit dua,ye tak.. hehehehe -
       Saya dah merasa jadi dua-dua,..masa cuma ada Danish dulu,saya bekerja,balik kerja je dengan anak,makan dan pakai anak 80% pengasuh settlekan.Balik rumah cuma buat kerja2 basic,hujung minggu kemas rumah.Penat memang penat tapi rasanya,jadi full time housewife ni tripple penatnya...
TENSION giler bila tengok kerja rumah tak habis habis,orang belum bangun kita dah kena bangun.Orang dah lena tidur kita terkebil2 lagi fikir ape lg yg belum buat..ISHH..
    Macam tu la rasanya serba sikit bila jadi suri rumah sepenuh masa ni.Yang menambahkan faktor kepenatan sya sekarang,bila saya aktif kembali  berniaga.
oh,sangatlah mencabar fizikal dan mental ibu beranak 3 ni..nak-nak bila terpaksa uruskan sesuatu waktu suami takda bersama..hehe,sakan pening kepala nak uruskan perniagaan yang kecil tu pun dalam waktu yang sama menguruskan anak-anak jugak.
  Tapi,setiap hari bila saya lihat dan baca kisah suri2 rumah skrg yang rata-rata berniaga,(berniaga besar besaran pulak tu),..hati kecik ni terdetik,..ishh tabahnya mereka demi mencari rezeki..hidup sekarang makin memerlukan perbelanjaan yg besarkan,so x hairan memang susah nak cari suri rumah yang 100% jd suri rumah je.
Paling kecik dan senang,paling tidak mereka jual Avon ke,Vantage ke,..eh mcm2 lagilah,paling besar ada yang dah bukak butik sendiri,restoran sendiri,dan macam2 lagilah,..semuanya berasal dari berniaga 'suka suka' atau saya suka cakap 'bisnes manja-manja' dari rumah,tapi disebabkan dibuat dengan kesungguhan,hasilnya.. saya salute sungguh!
    So,dengan bangganya mereka boleh sandang dua jawatan besar sekaligus, suri yang duduk di rumah jaga suami,..ibu kepada anak2 full time uruskan anak dan juga yang best boleh dapat duit sendiri..bestkan.
Saya selalu yakinkan diri sendiri,kalau kita berusaha,pasti Tuhan akan bagikan jalan.Kepuasan tu bukan terletak pada nilai wang yang saya akan dapat, tapi kepada betapa nilai sabar yang mampu saya bagi untuk buat yang terbaik dalam hidup setiap hari.
   Untuk suri-suri rumah dan bakal suri rumah, kalaupun kita tak bekerja mungkin atas alasan2 tersendiri,tak ape. Duduk rumah pun boleh berniaga juga,cubalah sikit,lama-lama tambah sikit lagi, dari sekadar berniaga suka-suka lama kelamaan dapat juga jadi pendapatan tetap kita,happy kan, dapat full time jaga suami dan anak anak,dapat pulak carik duit shopping sendiri,..hik3..
percayalah,dalam dunia ni xda yang mustahil utk kita gapai,kalau ada azam yang tinggi,dengan modal cuma rm10 pun kita mampu lakukan sesuatu asalkan kita buat dengan cara yang betul..
ehh betulkan kata cikgu2 kita dulu,.. kalau nak seribu daya,kalau dah tak nak,seribu daleh..hehe..
saya memang sangat suka kata-kata semangat tu.
salam.
  

No comments:

Post a Comment